RUM mengucapkan Tahniah atas pembukaan larian Tren MRT Fasa 1 sehingga ke Kajang, pembukaan ini satu aspirasi peningkatan pengangkutan awam yang lebih maju.
YB Dato Seri Liow Tiong Lai selaku Menteri Pengangkutan Malaysia dalam kenyataan akhbarnya telah mengangkat YAB Dato Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak sebagai "BAPA PENGANGKUTAN AWAM" satu penganugerahan dan bagi pihak RUM ianya amat tepat kerana pegangkutan awam dinegara ini agak lambat pergerakannya berbanding negara-negara Eropah, usaha YAB Dato Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia adalah amat dialu-alukan.
Namun dalam merancakkan pengangkutan awam melalui sistem keretapi baru seperti MRT maka jangan dipinggirkan KTMB yang telah terwujud lebih 130 tahun.
YB Dato Seri Liow Tiong Lai selaku Menteri Pengangkutan perlu lebih bertanggungjawab dengan KTMB dengan meningkatkan keperluan seiring apa yang telah dinikmati melalui sistem pengangkutan baru MRT, sekiranya dibandingkan dengan apa yang dinikmati oleh KTMB maka boleh dikatakan seolah-olah KTMB dipinggirkan atau dianak tirikan.
Melaksanakan RNAA kononnya untuk membantu KTMB adalah satu idea yang terkebelakang atau dengan sifat kepentingan diri walaupun alasan yang digunakan untuk menyusun hak dan kepentingan RAC melalui Aktanya.
RUM ingin menegaskan bahawa idea RNAA sendiri akan merosakkan kepentingan KTMB dalilnya sistem MRT yang baru semua asetnya dikendalikan oleh pengurusan MRT sendiri sebaliknya KTMB melalui RNAA semua asetnya dikendalikan oleh RAC dengan meletakkan kadar pajakan@sewaan yang perlu ditanggung oleh KTMB. Idea berkenaan bukan sahaja akan membebankan KTMB malah akhirnya KTMB akan musnah malah pekerja KTMB akan turut jadi mangsa.
Justeru itu RUM ingin menasihatkan YB Dato Seri Liow Tiong Lai Menteri Pengangkutan Malaysia mengkaji sistem pengurusan aset seperti MRT dan pengurusan tren-tren lain yang di bawah pengendalian Prasarana sebelum mengemukakan idea seperti RNAA.
Sepatutnya YB Dato Seri Liow Tiong Lai Menteri Pengangkutan sedar sistem yang digunapakai oleh MRT maupun Syarikat Keretapi di bawah Prasarana adalah sistem KTMB lama yang mana pengendalian aset dikendalikan oleh KTMB sendiri.
Hentikanlah permainan yang boleh merosakkan kepentingan KTMB/ RAKYAT/NEGARA dan khususnya kami kaum pekerja yang amat menyayangi KTMB.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB