Selepas kenyataan yang dikeluarkan dan diviralkan, Tanda Nama RAC di Stesen KTMB Krai telah dipadamkan.
Lucu dan sangat pelik apabila tiada yang sedar malah mengikut info yang diterima pihak pengurusan KTMB sendiri tidak mengetahui dengan adanya tanda nama RAC.
Mengikut info yang diterima selepas Stesen KTMB Krai, stesen berikutnya adalah Stesen Manik Urai pula akan dimasukkan nama RAC.
Ketua Pengarah RAC yang baru cukup bijak untuk membuat "TEST MARKET", kenapa masa berdepan dengan RUM didepan YB Dato Seri Menteri Pengangkutan membisu seribu bahasa, kalau hebat berdepanlah dengan RUM, bukan stail tindakan "TEST MARKET", itu "BACUL" namanya.
RUM tetap berpendirian tidak akan berganjak bahawa RNAA hendaklah dihentikan, niat mewujudkan RNAA adalah "NIAT JAHAT".
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB