RUM mengkaji kedudukan Menteri Pengangkutan merangkap Ahli Parlimen Bentong yang telah menang dengan majoriti kecil iaitu 379 undi pada PRU 13.
Keputusan ini menunjukkan bahawa YB Dato Seri Liow Tiong Lai hanya menang tipis, ikut info YB Dato Seri Liow Tiong Lai mungkin bertanding tempat lain, kononnya ditempat selamat, tempat selamat pun kami turun!
Dalam pertemuan dengan Pakatan Harapan di Parlimen baru-baru ini, Presiden RUM telah menawarkan diri sebagai Pemidato dimana-mana kawasan yang YB Dato Seri Liow Tiong Lai bertanding, RUM akan berusaha bersungguh-sungguh agar YB Dato Seri Liow Tiong Lai Ahli Parlimen Bentong kecundang dalam PRU 14.
Kami apa peduli, kau nak runtuhkan KTMB dan RUM, maka apa masalah kalau kami runtuhkan YB Menteri Pengangkutan merangkap Presiden MCA, biar sama-sama runtuh!
Ini perjuangan! Bukan soal kalah maupun menang, tapi "MARUAH" / "NAWAITU", biarpun lautan api, tetap akan diredah!
Jangan main dengan Railwaymens Union of Malaya (RUM) Kesatuan Sekerja yang bermaruah, akan mempertahankan KTMB dan RUM yang kami sayangi, sesekali tidak akan membenarkan KTMB & RUM runtuh!
Alang-alang menyeluk pekasan biar sampai kepangkal lengan, kami "PEJUANG" bukan bacul yang boleh diberi "DEDAK".
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB