RUM perhati komen-komen yang mengatakan ECRL bila beroperasi kos tambangnya adalah murah berdasarkan "PERKHIDMATAN SOSIAL".
RUM amat bersetuju pengangkutan awam diistilahkan "PERKHIDMATAN SOSIAL", maka KTMB dan lain-lain perkhidmatan keretapi seperti MONORAIL, LRT STAR, PUTRA & MRT disebut "PERKHIDMATAN SOSIAL"
Perkhidmatan Sosial membawa maksud memberi perkhidmatan yang baik kepada rakyat dengan kos tambang yang murah dan bersubsidi bagi meringankan beban tanggungan kos sara hidup dari sudut pengangkutan awam.
Dari sudut ECRL semua mengetahui kos pembuatan ECRL adalah tinggi, berkemungkinan pengunaan tren yang digunakan ialah "keretapi laju".
Ada tiga (3) perkara yang penting dari sudut perniagaan.
1. Kos Operasi
2. Titik pulang modal
3. Keuntungan
Bila difikir sudut ini maka dengan kos pembuatan yang tinggi maka harga tambang pasti tinggi yang tidak mungkin bagi sesuatu syarikat memberi diskaun sehingga merugikan syarikat, makanya yang akan menanggung kos bersubsidi itu adalah kerajaan.
Sekiranya kerajaan tidak memberi subsidi maka pasti ECRL akan mengalami kerugian, contoh yang diberi berdasarkan tambang "keretapi laju" ialah ERL dengan jarak 57 km tambangnya ialah RM 55.00.
Bolehkah tambang yang dikenakan seperti tambang KTMB yang dikatogerikan di bawah harga kos operasi? Bolehkah tambang diberikan mengikut tambang sepert MONORAIL, LRT STAR, PUTRA LRT & MRT?
Iya jawapannya pasti boleh tapi risikonya dengan kos pembuatan yang tinggi, kos operasi dan keperluan menjana keuntungan maka mampukah kerajaan menanggung kos bersubsidi? Kalau kerajaan mampu maka kita boleh beranggapan bahawa kos harga tambang adalah rendah mungkin seperti MONORAIL, LRT STAR, LRT PUTRA & MRT. Sekiranya kerajaan tidak mampu maka ada dua (2) risiko.
1. Kos tambang yang dikenakan adalah sangat tinggi yang tidak memungkinkan rakyat mampu mengunakan perkhidmatan ECRL.
2. ECRL akan mengalami kerugian.
RUM menulis ini berdasarkan pengalaman dalam KTMB yang mana semenjak tertubuhnya KTMB melalui pengswastaan pada 1.8.92, KTMB mengalami kerugian sehingga RM 2.8B.
Kenapa rugi? Mesejnya sama iaitu "PERKHIDMATAN SOSIAL" memberi harga tambang di bawah harga "KOS OPERASI", malah kini kerajaan tidak menanggung kos bersubsidi yang diberikan kepada pengguna perkhidmatan keretapi dalilnya KTMB terpaksa dengan arahan Kementerian Kewangan agar menjual pegangan saham KTMB seperti saham 28% pegangan KTMB dalam projek YTL di Sentul malah kini beberapa proses sedang dijalankan untuk menjual saham-saham yang ada.
Kalau ini diteliti melalui perbandingan yang dibuat maka agar mustahil ECRL boleh memberi tambang yang murah kerana kerajaan sendiri tidak mampu menanggung kos bersubsidi.
Sekiranya kerajaan mampu maka hari ini KTMB tidak mempunyai masalah malah tidak akan mengalami kerugian malah tidak diambil kesempatan oleh Kementerian Pengangkutan untuk mewujudkan RNAA kononnya untuk menghapuskan hutang berjumlah RM 2.8B.
Kewujudan RNAA kononnya menghapuskan hutang RM 2.8B boleh dianggap satu sandiwara bila KTMB akan menyewa semua lokomotif, koc, wagon, eletrifikasi, semboyan, landasan, bangunan dan lain-lain, kos sewaan ini akan pasti tinggi berdasarkan tambahan kepada kos perkhidmatan dan penjanaan keuntungan RAC sedangkan KTMB sebagai operator tidak mampu kerana harga tambang adalah rendah berbanding kos operasi yang harga tambangnya dikawal oleh kerajaan. Dalilnya MONORAIL, LRT STAR, LRT PUTRA yang dikendalikan oleh Syarikat Swasta diawalnya diambilalih oleh Prasarana kerana Syarikat berkenaan tidak mampu menanggung kos operasi dan pembinaannya.
Kementerian Pengangkutan jangan cakap berbelit-belit dengan alasan kononnya untuk menghapuskan hutang RM2.8B, persoalannya hutang PRASARANA kurang lebih RM 21B tiada isu pula!
Kesimpulannya RUM boleh beranggapan bahawa agak mustahil harga tambang ECRL boleh diberi dengan harga serendah KTMB, kalau boleh dan subsidinya ditanggung kerajaan kenapa tidak dijadikan KTMB sebagai contoh yang kerajaan menanggung kos subsidinya.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB