RUM membaca semua komen pengguna dalam wall FB PAGE KTMB, semuanya dalam keadaan marah-marah kerana kelewatan tren yang menyebabkan kelewatan ke tempat kerja atau mungkin menganggu urusan pengguna.
Dalam keadaan sesuatu tragedi kita tidak pernah meminta ianya berlaku, bila berlaku akan menyusahkan semua pihak malah pihak KTMB sedaya upaya berusaha sebaik mungkin untuk memulihkan keadaan.
Dalam keadaan tertentu RUM akui ada beberapa kelemahan seperti yang dirungutkan iaitu kegagalan membuat pengumuman, walaupun ada pengumuman mungkin rasa tidak puas hati timbul disebabkan pengguna marah bila berlaku kelewatan tren.
RUM juga akui bahawa pengurusan KTMB tersepit bila berlaku insiden yang tidak diingini kerana tidak berani mengeluarkan kenyataan disebab beberapa halangan, justeru itu dalam keadaan tertentu maka KTMB teruk dibelasah oleh pengguna.
RUM juga tidak boleh terlampau keluar kenyataan secara terbuka, sekadar boleh mengutarakan kelembapan dan ketidak efisyennya Kementerian Pengangkutan yang menyebabkan semua ini berlaku, maka KTMB menjadi mangsa tomahan, pekerja terkena tempiasnya.
Kepada pihak pengurusan KTMB yang mana kesilapan itu, tolong perbetulkan dengan kadar segera, kepada pekerja bersabarlah memang nasib kita yang kena hentam, apa nak buat kelemahan mereka kita jadi mangsa.
RUM tetap berpendirian segala masalah yang berlaku adalah "berpunca" dari kementerian pengangkutan seperti mana kenyataan-kenyataan yang pernah RUM keluarkan, kalau pihak Kementerian Pengangkutan tidak berpuas hati dengan kenyataan ini, RUM sedia berdebat, jangan fikirkan RUM ini tidak tahu apa-apa, kau orang yang lembab, kami yang bermasalah.
Kepada pengguna tiada perkataan lain yang sesuai selain dari memohon maaf, jangan marah kami, pergi marah Menteri Pengangkutan dan Timbalan Menteri Pengangkutan, mereka perlu bertanggungjawab!
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB