Almaklum hari minggu ni tak de kerja, baca kenyataan-kenyataan dalam Facebook pro n kontra, maka saya terfikir nak lontarkan idea ini melibatkan ERCL, saya anggap minggu ini isu panas mengenai ERCL. Lontaran ini sekadar idea sepontan amdaian @ teori tak semestinya betul maupun salah sekadar teori setelah membuat penilaian, kot ada yang berminat nak bincangkan adalah sgt dialu-alukan.
Secara jujur saya setuju dengan projek ini ERCL demi mengorak satu langkah kehadapan dari sudut Pengangkutan Keretapi di Negara ini.
PERBANDINGAN TAMBANG BAGI ERCL dengan ERL
PROJEK ECRL
Jarak Dari KL ke Tumpat 620km
ERL Jarak antara KL ke KLIA 57km
620km ÷ 57 = 10.87
Tambang ERL - KL CENTRAL - KLIA = RM 55.00
ECRL - 10.9 x RM 55.00 = RM 599.50
Perkiraan yang berlaku oleh pihak-pihak luar menyatakan bahawa tambang adalah RM 2500.00 satu perjalanan, perkiraan ini berdasarkan kos pembinaan ECRL ialah RM 55B dibahagikan dengan tempoh membayar hutang.
Kalau dibandingkan dengan ERL kos lebih murah berbandingkan dengan perkiraan pihak luar yang jatuh meleset dari RM2500.00 kepada RM 599.50 satu perjalanan.
PERSOALAN
1. Sy bersetuju perkiraan pihak luar berdasarkan tempoh pembayaran balik hutang sekiranya tidak ECRL akan kerugian. Kalau kos ini diambil kira mampukan rakyat mengunakan pengangkutan ECRL?
2. Andai perkiraan mengunakan tambang ERL maka kos tambang yang akan dikenakan ialah RM 599.00.
a) Mampukah rakyat mengunakan perkhidmatan ECRL walaupun dengan nilai yang telah dikurangkan kepada RM 599.50?
b) Mampukan kerajaan membayar hutang kembali berdasarkan tempoh pinjaman, sekiranya harga tambang dikira berdasarkan tambang perkm dengan mengunakan perbandingan ERL?
c) Sekiranya kerajaan gagal membayar hutang kerana kos perkhidmatan yang dikenakan rendah apakah risikonya?
Mungkin ini boleh jadi topik perbincangan...
PRESIDEN RUM