Duduk dalam union ni, tak pernah kering dengan masalah, selepas satu (1) datang satu (1) lagi, malah ada kala datangnya bertindih atau hari-hari boleh dikatakan ada masalah yang perlu diselesaikan.
Memang kerja union ini bergelumang dengan masalah, bergelumang dengan tafsiran undang-undang, adakala memihak kepada pekerja, adakala memihak kepada majikan, ahli-ahli yang tidak memahami akan menyalahkan kesatuan, itu lumrah atau asam garam permainan berkesatuan.
Hari ini RUM berdepan dengan isu besar melibatkan Kerajaan khususnya Kementerian Pengangkutan dengan cadangannya RNAA, satu masalah besar, paling besar yang perlu dihadapi dan ditempuhi berbanding pembuangan kerja seramai 97 orang.
Mana nak fikir KTMB, mana nak fikir PEKERJA, mana nak fikir tentang RUM, semua perlu diambil tindakan bagi menyelamatkan keadaan, satu cabaran besar buat semua kepimpinan RUM.
Datang pula masalah dari segelintir manusia yang berkepentingan, disokong oleh pihak Kementerian walaupun Kementerian itu sedar bahawa ianya satu kesalahan bertentangan dengan undang-undang, tapi tetap diteruskan.
Owh dunia, makin pelik manusia ini, berkepentingan jadi tunggak pegangan, tanpa melihat kepentingan rakan-rakan lain, memikirkan perut sendiri, perjuangan berdasarkan keikhlasan sudah tiada lagi, ini yang berlaku hari ini malah berlaku dalam banyak organisasi.
Cabaran terus mendatang, ianya satu permainan, kalah atau menang itu bukan persoalan, tapi maruah sebuah perjuangan itu yang perlu didirikan.
Kekuatan, jati diri, nawaitu itu pegangan, alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan, alang-alang mandi biar sampai basah, sesekali tidak lari dari landasan perjuangan.
Kami pemimpin kesatuan sekerja dengan nama timang-timangannya RUM akan berjuang dan terus berjuang demi Selamatkan KTMB, Selamatlah Pekerja.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB