Assalamualaikum dan Salam Sejahtera pada semua sahabat/kenalan/Pengguna KTMB.
Minggu lepas seolah-olah bala@musibah yang datang, macam-macam tragedi yang tidak diingini datang sehingga menimbulkan kemarahan pengguna, dari Pengerusi Lembaga Pengarah, Lembaga Pengarah, Pengurusan dan Pekerja semua kena, RUM sendiri terpalit bila baca komen-komen rasa nak demam pun ada.
Dalam menghadapi cabaran RNAA dengan niat RUM nak pertahankan KTMB demi kebaikan semua pihak bukan sahaja ahli-ahli RUM, tapi semua yang berperanan dalam KTMB malah RUM pertahankan demi kepentingan pengguna dan negara malangnya musibah yang datang, rasa sedikit terduduk, malu dan sebagainya.
Bukan kehendak kami bila musibah itu datang dalam keadaan landasan yang uzur, tetiba kable letrik putus menjadi pergerakan tren terganggu, semua itu bukan kehendak kami, tapi apakan daya ianya berlaku, walaupun RUM bukan sebahagian dari pengurusan namun RUM terpaksa mempertahankan kerana ianya imej KTMB.
Ia benar, kita tidak boleh salahkan pengguna, teranglah beribu kali, berilah penjelasan apa pun mereka tidak akan faham, ibarat kata mereka semua mahu yang terhidang, bukan salah mereka kerana mereka membayar harga untuk sebuah perkhidmatan, ini adalah hakikat yang perlu diterima, maka apa sahaja komen yang dilemparkan harus diterima walaupun hati pedih.
Apa nak buat, bukan perkara baru, nak salahkan sapa? Andai peruntukan terhad, tambang murah, kerajaan pula tidak membantu kos perbezaan tambang yang diberi subsidi, kos penyelenggaraan yang tinggi, suntikan boleh dikatakan minima tak mampu menanggung kos perbelanjaan, peruntukan pembaikpulihan terhad, pembelian set-set tren yang tidak mencukupi, set-set apungan (spare) tidak ada, bila berlaku rawatan jadual/kerosakan kecil atau besar maka set ganti tiada, ini akan menghakibatkan gangguan perkhidmatan, lokomotif banyak yang "overdue", koc sakit payment kepada kontraktor tidak berbayar sehingga melebih RM 200 juta telah menyekat kemampuan kontraktor bergerak secara efiksyen, kontraktor pun nak bayar gaji pekerja nak beli sparepart dan sebagainya, banyak masalah yang berlaku yang menyekat atau kekangan aktiviti-aktiviti pekerjaan dan perkhidmatan KTMB, ini sedikit yang dihighlightkan sebenarnya banyak lagi.
KTMB tidak boleh bergerak sebagai identiti sebagai syarikat berorientasikan swasta, maka bila telah diswastakan pada 1.8.1992 inilah yang berlaku, inilah hasil pengswastaan yang dilaksanakan oleh kerajaan maka hari ini semua boleh nampak bagaimana kedudukan KTMB.
Kini hendak pula dilaksanakan RNAA, kalau sistem swasta yang dipraktiskan semenjak 1.8.92 gagal adakan RNAA idea yang terbaik? Please pihak kerajaan khususnya Kementerian Pengangkutan, jangan segala perancangan yang dibuat boleh menjahanamkan KTMB, jangan terus-terusan jadikan KTMB kambing hitam, RUM bukan baru menghighlightkan masalah ini, masalah ini telah RUM perjuangkan sejak 20 tahun yang lalu, ianya bukan perkara semalam yang boleh meletakan semata-mata kesalahan pengurusan KTMB maupun pekerja.
Cabaran dalam menghadapi perjuangan ini, benar ianya tidak semudah menjentik jari, 20 tahun RUM perjuangkan kembalikan KTMB ke sektor awam, tapi tidak diendahkan, tiada mana-mana syarikat perkeretapian didunia yang beroperasi sebagai perkhidmatan sosial mampu berdikari atau mampu beroleh keuntungan tanpa bantuan sepenuhnya dari kerajaan, siapa pun yang menerajui KTMB akan pasti menemui kegagalan kecuali kerajaan membuka ruang KTMB bergerak 100% beridentiti swasta dengan skop jaminan kerajaan, maka ada kemungkinan KTMB boleh mengorak langkah yang lebih mantap.
Wahai ahli-ahli RUM dan warga KTMB teruslah bersatu, usahalah sebaik mungkin untuk menghadapi cabaran ini, berilah perkhidmatan yang terbaik, kepada yang sambil lewa dan tidak ambil peduli, ubahlah sikap menjadi yang terbaik, kalau enggan tinggalkan KTMB, kerana kami tidak mahu hanya nila setitik rosak susu sebelanga.
Mudah-mudahan hari yang mendatang akan menjauhkan segala musibah yang datang, mari kita sama-sama pertahankan KERETAPI TANAH MELAYU!
SELAMATKAN KTMB, SELAMATLAH PEKERJA
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB