Kepimpinan Kesatuan Sekerja sektor pengangkutan berharap dan berusaha ITF Malaysia Council akan kembali beroperasi lebih aktif dalam menongkah arus pembelaan kaum pekerja di bidang pengangkutan darat/udara dan laut.
ITF Malaysia agak tengelam dan kurang aktif sejak dua (2) tahun yang lalu, dengan kehadiran Mesyuarat dikalangan 10 kesatuan sekerja berlatarbelakang pengangkutan membincangkan hala tuju kesatuan sekerja pengangkutan. Kehadiran Pen. Setiausaha Agung Bro Rob Johnson yang berpengkalan di London menyemarakkan semangat kepimpinan kesatuan sekerja pengangkutan
Kita menyedari bahawa Pengangkutan memainkan peranan utama khususnya dari sudut pengangkutan awam, malah ianya juga memberi kesan besar dari sudut logistik, tanpa gabungan dari semua kesatuan sekerja sektor pengangkutan darat/udara dan laut maka kekuatan pembelaan isu yang melibatkan kaum pekerja sektor pengangkutan tidak begitu terserlah malah agak mudah diperkotakkatikkan.
Isu MAS melibatkan pembuangan pekerja seramai 6000 orang tidak mendapat pembelaan secukupnya, penubuhan kesatuan sekerja di sektor penerbangan seperti Air Asia/Malindo terhalang oleh majikannya begitu juga dengan faedah bagi pelaut, pengangkutan bas maupun teksi dan sebagainya perlukan pembelaan.
Isu KTMB seperti RNAA menjadi satu isu besar ketika ini antara lain cuba memecahbelahkan kesatuan sekerja seperti RUM malah implikasinya cukup besar sehingga boleh berlakunya pembuangan pekerja seperti mana berlakunya MAS.
Malah berlaku pengambilan pekerja-pekerja asing dalam syarikat-syarikat yang ditawarkan kontrak seperti apa yang berlaku di KLIA, satu tindakan yang membelakangkan pekerja tempatan.
Untuk memperkukuhkan kesatuan sekerja dikalangan kesatuan pengangkutan maka penyatuan dikalangan semua kesatuan sekerja dibentuk kembali agar ianya menjadi satu gabungan yang mantap bagi membela nasib kaum pekerja malah usaha juga akan dilakukan menorganisekan kesatuan-kesatuan sekerja baru seperti sektor pelancungan dan logistik.
Kita menaruh harapan agar semua kesatuan sekerja pengangkutan melalui ITF bangkit dalam menghadapi cabaran yang mendatang dalam masa yang sama bersama dan membantu Majikan meningkatkan produktiviti bagi memastikan Syarikat maju serta mampu memberi pulangan yang baik kepada pekerja.
KENYATAAN ITF MALAYSIAN COUNCIL