RUM mengharapkan semua warga KTMB memberi kerjasama yang bersungguh-sungguh kepada CEO KTMB En Mohd Rani Hisham, berkerjalah dengan penuh semangat dan berdedikasi demi KTMB dengan matlamat Selamatkan KTMB, Selamatlah Pekerja.
Sikap sambil lewa, malas sekadar cukup bulan terima gaji, bodek@angkat beg, berpura-pura@wayang, kerja-kerja yang tidak bertanggungjawab maupun amanah hendaklah dihentikan sama sekali.
Jangan anggap semua ambil mudah, kerana runtuhnya KTMB bukan lagi kerana kesalahan sesiapa tapi kita sendiri, pilihan yang ada adalah berusaha segigih mungkin untuk merobah sikap dalam memastikan RNAA dihentikan, semua perlu bekerjasama demi KTMB kekal sebagai identiti tersendiri seterusnya mampu dipulihkan.
CEO KTMB tidak akan mampu memulihkan KTMB sekiranya kita sendiri tidak bekerjasama dan memberi sokongan tanpa berbelah bagi, dalam KTMB tengah nazak hanya dengan kerjasama semua warga KTMB mampu memulihkan KTMB.
RUM akan terus bergerak menentang RNAA tanpa mengenal erti takut, justeru itu dalam RUM menentang RNAA kita semua warga KTMB juga perlu membuktikan kita mampu berusaha memulihkan KTMB, jangan hanya bergantung melalui tentangan RUM mengenai RNAA terhadap Kementerian Pengangkutan kerana bukti selanjutnya ialah menitikberatkan kerjasama semua warga KTMB dalam meningkat dan memulihkan KTMB dengan mengunjurkan pendapatan KTMB yang lebih baik seterusnya mampu meraih keuntungan dan memberi keyakinan kepada pengguna bahawa KTMB adalah pengangkutan awam yang selesa dan mesra pengguna.
Selamatkan KTMB, Selamatlah Pekerja.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB