Sudah lama saya selaku Presiden dan Sdr Maniam Setiausaha Agung RUM tidak turun ke Spot (kawasan derail) kalau ada di jalan kucing sebulan yang lalu, itu pun disebabkan rungutan pekerja yang tidak dapat@lambat disediakan nasi bungkus untuk makan malam, maklum pekerja berkerja "round the clock", bukan kami tidak mahu turun, tapi keadaan @situasi membuat kami tidak mahu turun, namun tetap membuat siasatan melalui pegawai utama serta pegawai cawangan dan membangkitkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Induk Oshen. Kali ini saya dan Sdr Setiausaha Agung turun melihat sendiri untuk menilai sendiri apakah punca kejadian, kerana boleh dikatakan kekerapan berlaku di persekitaran lokasi kejadian.
Kata orang dulu-dulu kalau kerap berlaku kejadian kemalangan ditempat atau lokasi atau persekitaran yang hampir sama, maka tempat itu dikatakan berhantu, tapi itu semua kepercayaan karut, namun dihati tetap rasa pelik selepas melihat ditempat kejadian bahawa kejadian yang berlaku tidak nampak sebarang kelemahan dari sudut manusia maupun dari sudut keselamatan.
Dari sudut teknikal, saya tidak pasti namun dari gambaran kasar seperti tiada kecacatan, cuma dari segi andaian, apa pun itu terserah kepada pihak KTMB dan SPAD untuk melakukan siasatan, dari sudut RUM, RUM akan mengemukakan pandangan kepada pihak pengurusan tertinggi KTMB bagi memastikan kejadian tidak berulang lagi.
Sungguh bila berlakunya derailment, mana mungkin kami mahu ianya berlaku, malah usaha sentiasa dilakukan bagi memastikan tahap keselamatan secara maksima, saya juga dimaklumkan oleh CEO tadi bahawa dalam Mesyuarat dengan SPAD baru-baru ini semua tempat yang dikenal pasti boleh berlakunya kemalangan@derailment ditingkatkan tahap keselamatan, ini telah dilakukan demi memastikan semua larian tren selamat.
CEO En Rani sedang berusaha gigih untuk memastikan semua berada dalam keadaan baik, kesian beliau baru sebulan lebih menjawat jawatan kejadian ini berlaku, tapi beliau seorang yang gigih dah kuat, maka kita (RUM) juga amat berharap beliau terus kuat dan tabah dalam menghadapi situasi ini.
Diperingkat lain bagi memastikan setiap pengguna yang mengalami gangguan perjalanan kerana perkhidmatan terhenti, usaha telah dilakukan bagi memastikan setiap pengguna diberi perkhidmatan gantian seperti dari Sungai Buloh mereka akan mengunakan MRT, dilokasi lain akan disediakan perkhidmatan Bas, malah pegawai-pegawai KTMB berada di setiap lokasi bagi membantu penumpang dari segi khidmat pelanggan, harapan RUM sendiri agar pengguna memahami keadaan yang berlaku dan kami RUM sendiri memohon maaf atas segala kesulitan.
Setiap halangan yang berlaku itu adalah cabaran buat kami dari peringkat atasan KTMB sehingga kami selaku pekerja untuk terus tabah dalam menangani kejadian yang tidak diingini, kita akan lakukan sebaik mungkin agar kejadian tidak berulang lagi, mudah-mudahan dengan izin Allah Swt kejadian seperti ini dijauhkan, kerana ianya membuat kami sendiri merasa sedih tetapi tetap bersemangat untuk berusaha meningkatkan perkhidmatan kami.
Semoga Allah Swt melindungi kita semua.
Presiden RUM
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB
#PrayForKtmb