Dulu Utusan Malaysia memang hebat, antara langganan tetap Kesatuan maupun saya secara peribadi, kini RUM sudah tidak melanggani Utusan Malaysia kerana Utusan Malaysia maupun media cetak yang lain sudah tidak lagi berperanan secara telus dan terbuka khususnya hal ehwal Kesatuan Sekerja.
Kini Utusan sudah lagi tidak berfungsi seperti dahulu, isu-isu Kesatuan Sekerja tidak lagi tercatat dalam Utusan seperti mana dahulu, kalau ada hanya kenyataan terpilih atau hanya disudut kecil atau terpinggir.
RUM banyak kali buat Sidang Akhbar maupun Kenyataan Akhbar, malangnya tidak pernah dipaparkan berbanding tahun 1980an -2010 berita mengenai Kesatuan Sekerja pasti dikeluarkan malah Utusan Malaysia meletakkan wartawan khusus atau yang mahir dengan bidang atau hal ehwal Kesatuan Sekerja.
Malah kebanyakkan Wartawan Utusan yang membuat liputan mengenai Kesatuan Sekerja diberi kenaikan pangkat malah ada yang jadi Pengarang, hebatnya wartawan yang membuat liputan hal ehwal kesatuan sekerja satu ketika dahulu.
Dr Manimaran adalah antara Wartawan Utusan yang hebat satu ketika dahulu, RUM cukup respect dengan Dr. Manimaran malah ramai wartawan-wartawan seangkatan dan sebelumnya cukup hebat berpengetahuan secara khusus tentang hal ehwal Kesatuan Sekerja.
RUM tidak kata wartawan khususnya sekarang tidak hebat, RUM faham kekangan mereka dalam mengeluarkan kenyataan, Maaflah sahabat-sahabat wartawan RUM di Utusan kerana ini pandangan berdasarkan pengalaman saya semenjak menjawat jawatan Presiden RUM 20 tahun yang lampau.
Teringat RUM satu ketika awal tahun 2000an, krisis mengenai Ex-Gratia RM 400.00 yang diumumkan oleh Kerajaan melalui Bajet ketika itu, kerajaan tidak mahu memanjangkan Ex-Gratia yang diumumkan kepada pekerja KTMB, maka pertikaian berlaku sehingga campurtangan Tun Daim ketika itu selaku Menteri Kewangan, yang mana pertemuan itu gagal, balik sahaja ke Pejabat Rum, saya selaku Presiden terus membuat kenyataan akhbar, semua akhbar keluar termasuklah Utusan Malaysia, malah Utusan Malaysia mengeluarkan kenyataan "Head Line" lebih kurang tajuknya begini:-
"PERTEMUAN RUM DENGAN TUN DAIM GAGAL, RUM AKAN TERUSKAN PIKET".
Ketika itu Utusan Malaysia memang hebat mendapat jualan tertinggi malah Utusan Malaysia akhbar no 1di Malaysia, hari ini Utusan Malaysia tertinggal kebelakang malah kerugian lebih RM 200 juta.
RUM sendiri amat berharap bahawa Utusan Malaysia akan kembali seperti dahulu, kenyataan-kenyataan yang lebih telus dan terbuka malah mampu menghighlightkan sebarang isu mengenai Kesatuan Sekerja, kerana ianya mampu menghightlightkan dan membantu Kesatuan Sekerja yang menghadapi isu untuk didengari oleh Kerajaan. Isu RUM tahun 2000 mengenai Ex Gratia berjaya diatasi dengan hebahan akhbar-akhbar khususnya Utusan Malaysia, sehingga hari ini setiap pengumuman kerajaan melalui Bajet yang di umumkan YAB Dato Seri Perdana Menteri dipanjangkan kepada Pekerja KTMB.
Setelah RUM melihat kebanyakkan arus media cetak tidak lagi atau agar sukar mengeluarkan kenyataan mengenai hal ehwal Kesatuan Sekerja, maka RUM telah mengunakan media sosial iaitu Facebook dengan nama Suara RUM, kerana RUM perlukan hebahan sebagai strategi marketing untuk menarik perhatian awam dan kerajaan selain menghebahkan maklumat kepada ahli-ahli RUM.
Hari ini RUM hanya mampu bergantung dengan akhbar online seperti FMT/ Malaysia Kini dan Sinar, terima kasih kerana mengeluarkan kenyataan-kenyataan RUM.
Mudah-mudahan arena Media Cetak kembali seperti dahulu, sekiranya masih kekal sebegini, percayalah Utusan maupun media cetak yang lain tidak mampu mencapai keuntungan sebaliknya rakyat akan memilih saluran Media Sosial sebagai sumber maklumat, yang rugi Syarikat Akhbar itu sendiri malah penyampaian maklumat oleh Kerajaan makin terhakis dengan kehebatan media elektronik dan media sosial.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja KTMB