Ada dua (2) perkara yang berlaku dari sudut postif dan negatif.
1. Buruknya bila berlaku pengantunggan tren larian kargo ini akan melibatkan implikasi besar kepada KTMB dari sudut pendapatan KTMB, pendapatan dari Kargo adalah survival untuk KTMB yang menangggung subsidi kepada larian tren penumpang.
2. Baiknya pula ialah nak bagitau kepada Kementerian Pengangkutan mana datangnya 30% sahaja larian tren? Kalau 30% tak selamat, 100% tu selamat ke? Mereka baca tak dari sudut kedudukan "track" KTMB, jangan buat angan-angan nak wujudkan "second operator", manakala syarikat "second operator" yang dah wujud tu, patut fikir banyak kali sebelum menceburi perniagaan ini, kerana implikasi kepada perniagaan ini sangat tinggi, jangan digula-gulakan oleh mereka yang nak cari makan.
Kepada SPAD janganlah buat keputusan mudah, iaitu terus menjatuhkan hukuman dengan mengantung perkhidmatan Kargo, tindakan ini ibarat membunuh KTMB, dari sudut lain apa SPAD tahu tentang "keretapi", kalau datang ke "spot" sekadar tenguk kiri dan tenguk kanan, balik terus buat keputusan gantung. Awat tak gantung lebuhraya yang banyak kemalangan sehingga berlaku kematian.
Kehadiran @ kewujudan SPAD ini sebenarnya tidak memberi sebarang kebaikan malah banyak memburukkan keadaan, bukan sahaja berlaku pertindihan tugas, tapi menyusahkan, kalau kita buat kajian lebih mendalam sebelum kewujudan SPAD dan setelah kehadiran SPAD apakah perbezaan yang boleh kita dapati, adakah kemalangan seperti bas, lori, kenderaan awam, teksi dan kegelinciran keretapi bertambah kurang, adakah kematian akibat kemalangan bertambah kurang, sebenarnya dari sudut mata kasar, ianya tidak memberi kesan positif dari sudut perbezaan antara sebelum dan selepas kehadiran SPAD, yang ada ialah pembaziran wang kerajaan dari sudut operasi dan upah yang dibayar sedangkan kesan positif yang boleh diangkat adalah tidak memberangsangkan sebaliknya berlaku masalah kepada semua pihak yang terlbat dengan SPAD.
Adakah SPAD memberi "solution" dalam setiap masalah yang dihadapi? Pada RUM sebenarnya "TIADA".
Sebagai contoh "kegelinciran" yang berlaku di BANK NEGARA berdasarkan jumlah kekerapan di persekitaran adalah tinggi sejak lapan (8) tahun yang lepas, dari sudut penyelenggaraan, pihak KTMB telah melakukan kerja-kerja penyelengggaraan mengikut SOP yang ada, makanya kewajaran dari sudut kegelinciran setelah penyelenggaraan maka tahap keselamatan track adalah tinggi, daya terwujudnya kegelinciran kalau tidak di bawah sifar mungkin di bawah tahap 10%, tapi bagaimana pula kekerapan berlaku di persekitaran yang sama, dalam sudut ini berdasarkan jumlah kegelinciran, dimanakah peranan SPAD untuk membuat kajian secara mendalam menilai mengapa dipersekitaran tempat kejadian kerap berlaku? atau hanya sekadar buat keputusan mengantung perkhidmatan?
REHAB atau pembaikpulihan landasan yang melibatkan kos melebihi RM 1 Billion disekitar Lembah Klang, dimanakah peranan SPAD? adakah SPAD terlibat? atau MoT sahaja yang membuat dasar dan SORnya adalah juga dari MoT? Dimana KTMB? atau KTMB hanya "PAK TURUT" sekadar menerima arahan dari MoT, asalkan projek REHAB berjalan atau yang menentukan kerja-kerja REHAB ini atas kehendak Kontraktor sahaja tanpa melihat kehendak "USER" atau mungkin PAK yang mengendalikan projek REHAB ini, kalau tenguk lapuran Audit, PAK ini macam bermasalah. Bila menilai kepada persoalan ini maka kita boleh mengesyaki bahawa ada sesuatu yang tidak kena dalam projek REHAB, RUM tidak pasti tapi andaian RUM sebagai "watch dog" menganggarkan sememangnya ada yang tidak kena.
Tidak kena? Iya benar, keraguan RUM kenapa tidak didahulukan REHAB dikawasan-kawasan yang berlaku kekerapan kegelinciran? Mengapa kawasan yang diluar kawasan kekerapan kegelinciran dilakukan? Ini RUM tidak faham.
Konklusinya pihak-pihak yang terlibat perlu meminggirkan sifat kepentingan diri, keegoan dan kembali fokus kepada pekerjaan yang sebenar iaitu mencari satu solusi yang bijak bagi mengatasi masalah yang berlaku, perlu melihat asas kepada masalah yang ada seterusnya dengan ikhlas membantu KTMB bagi memastikan KTMB dapat operasi dengan baik, jangan asyik menunding jari kepada KTMB kerana ada aspek lain yang KTMB tidak bersalah, tapi kesalahan dari pihak lain yang mempunyai kepentingan dan keegoan yang tinggi.
Please... bersama untuk menyelesaikan isu demi kebaikan rakyat khususnya pengguna, kerana pengguna tidak tahu masalah sebenar maka mereka menunding jari kepada KTMB, kami sentiasa menjadi "kambing hitam", cukuplah "hangky pangky" kat atas tu, kami dah bosan atas apa yang berlaku disebabkan mereka yang berkepentingan dan kami juga sudah bosan tomahan yang dilemparkan... cukuplah... bukannya kami tidak tahu apa yang berlaku di atas sana.
Selamatkan KTMB, Selamatlah Pekerja
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB
#PrayForKtmb