Dalam keadaan KTMB bermasalah, tren kargo derail, SPAD gantung perkhidmatan Kargo, RNAA nak masuk, GM TMOD boleh gunakan kesempatan menceroboh whatsapp group untuk ahli-ahli RUM dengan niat jahat cuba menakutkan ahli-ahli RUM dan menyekat kebebasan bersuara ahli-ahli RUM.
Tindakan GM TMOD dengan sengaja bertujuan untuk melaga-lagakan RUM dengan CEO baru, malah beliau sengaja mewujudkan pertikaian dan meretakkan keharmonian perusahaan, orang macam ini sememangnya tidak layak duduk dalam KTMB malah antara GM yang dilihat tidak berupaya menjalankan tugas selayaknya disingkirkan dari KTMB.
Beliau sebenarnya langsung tidak menjalankan tugas, malah mengikut maklumat yang diterima beliau hanya asyik bermesyuarat, kadangkala mesyuarat yang dihadiri beliau bukan tanggungjawab GM TMOD, sekiranya keperluan untuk hadir mesyuarat sebenarnya adalah dikalangan pegawai bawahannya. (Asyik-asyik mesyuarat.. kerja tak buat..)
Kerja-kerja GM TMOD yang sepatutnya dibuat oleh GM TMOD semua diserahkan kepada Pengurus Kanan, ini disebabkan beliau sendiri tidak tahu buat kerja dan bergantung kepada Pengurus Kanan dan pegawai bawahannya. (Maklumat dalaman TMOD)
Maka itu RUM beranggapan bahawa KTMB telah kerugian ribuan ringgit setiap bulan kerana membayar upah yang tidak selayaknya diterima oleh beliau, maka itu keputusan yang paling tepat adalah menamatkan perkhidmatan beliau kerana ianya mampu menjimatkan kos perbelanjaan KTMB.
KTMB lumpuh dari urusan pentadbiran Sumber Manusia disebabkan oleh ketidakupayaan seorang yang berstatus Pengurus Besar.
Jolok sarang tebuan, RUM telanjangkan je... ada RUM kesah.... RUM ni banyak tutup mulut sebab fikir kawan.. tapi dah melampaui batas .. RUM belasah maksimum....
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB
#ahlirumdilarangkomen