Keadaan RNAA makin genting, namun ianya tidak mungkin dilaksanakan dalam waktu terdekat kerana Akta Keretapi tidak membenarkan, maka jalan yang ada adalah meminda Akta Keretapi bagi mewujudkan perancangan seperti yang terkandung dalam Akta Keretapi.
Bagi menghalalkan cara pihak Kementerian Pengangkutan telah pun mengangkat cadangan pindaan kepada pejabat Peguam Negara untuk semakan kemudiannya akan mengangkat ke Parlimen untuk sessi kelulusan.
Maklumat terbaru Pejabat Peguam Negara telah pun meluluskan semakan pindaan, maka pindaan ini akan diangkat ke Parlimen pada sessi akan datang, jangkaan pada Bulan Mac 2018.
Kita mengetahui bahawa jangkaan Pilihanraya Umum ke 14 berkemungkinan suku tahun pertama, ada kemungkinan tiada kesempatan untuk membentangkan pindaan, mungkin secara bernasib baik ianya tidak dapat dibentangkan pada bulan Mac 2018, namun apa pun boleh berlaku.
Usaha "niat jahat" khususnya Kementerian Pengangkutan (MoT) tidak boleh diragui, akan mengunakan pendekatan pelbagai cara untuk menghalalkan RNAA, maka usaha mereka tersekat kerana memerlukan pindaan Akta Keretapi, pilihan yang ada ialah meminda Akta Keretapi.
RUM pernah menulis dalam ruangan ini, bahawa kewujudan "PENGSWSATAAN KERETAPI" yang dicetuskan oleh Kerajaan yang dipimpin ketika itu ialah Tun Mahathir Mohamad Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohamed telah membuktikan bahawa idea ciptaan "Pengswastaan Keretapi" adalah "GAGAL" dalilnya setelah dua puluh lima (25) tahun KTMB diswastakan KTMB tetap mengalami kerugian, kerana dasarnya KTMB adalah Perkhidmatan Awam memberi perkhidmatan kepada rakyat dengan harga tambang dikawal oleh kerajaan maka pasti orientasi perniagaan berasaskan "keuntungan" tidak boleh dicapai.
Hari ini idea paling "BURUK" dalam "SEJARAH NEGARA" mengenai KTMB yang dicetuskan oleh YB Dato Seri Liow Tiong Lai, Menteri Pengangkutan Malaysia bersama YB Dato Aziz Karpawi, Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia, "idea terburuk" ini adalah lebih "PARAH" dari idea Tun Mahathir Mohamad, Mantan Perdana Menteri Malaysia, dalilnya Mantan Perdana Menteri Malaysia masih mengekalkan identiti nama Keretapi "TANAH MELAYU" sebagai "WARISAN NEGARA" malah masih milik "MUTLAK" Kerajaan di bawah Kementerian Kewangan Malaysia.
Dengan tercetusnya idea RNAA maka dalam satu tempoh pelaksanaannya "Keretapi "TANAH MELAYU" akan hilang dari bumi Malaysia tercinta ini.
Maka "SEJARAH" akan tertinta sekiranya pelaksanaan ini tetap diteruskan maka Kerajaan hari inilah yang akan menghapukan satu-satunya nama "TANAH MELAYU".
RUM menulis setelah mengkaji setiap inci perancangan sehingga perancangan masa depan untuk Keretapi Tanah Melayu, RUM tidak akan berbicara andai ianya satu "omongan", malah RUM bersedia "BERDEBAT" dengan YB Menteri Pengangkutan dan Timbalan Menteri Pengangkutan dalam semua sudut mengenai RNAA dan masa depan KTMB.
"Sediakan Payung Sebelum Hujan", ini pendirian RUM, maka RUM dah nampak apa yang bakal berlaku, tidak terlambat untuk menghentikan RNAA, tidak malu atau merasa gagal dalam implementasi RNAA, dari meneruskan agenda yang boleh meranapkan satu-satunya identiti "TANAH MELAYU".
Kami kepimpinan RUM masih mengharapkan, kerana ianya belum terlambat untuk menghentikan RNAA, janganlah kata kami "PEJUANG MELAYU" tapi hanya sekadar nama "TANAH MELAYU" tidak mampu dipertahankan, memperkata "SURVIVAL MELAYU", dimanakah "SURVIVAL MELAYU?" andai hanya nama beridentitikan "TANAH MELAYU" pun mahu di "KUBURKAN".
RUM merayu kepada semua Perwakilan UMNO yang akan bersidang minggu ini, bangkitlah isu ini, pertahankanlah demi Maruah Bangsa Melayu, andai Tun Mahathir Muhamad telah melakukan kesilapan apakah hari ini kita mahu mengulangi seperti mana KTMB telah diswastakan.
Bicaralah demi Maruah Bangsa dan Negara, andai "KERIS TERHUNUS" maka kita adalah "PAHLAWAN MELAYU" andai KERIS itu sekadar "HIASAN", Menangis dengan "AIR MATA DARAH" sudah tidak berguna lagi.
Hadamlah lagu "ANAK KECIL MAIN API"
Presiden RUM
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB.
#KamiBukanRacist
#90%PekerjaKtmbMelayu
#KamiSayangkanKTMB