8. RAC sebenarnya tidak mampu untuk menjalankan apa-apa tugas berkaitan industri perkeretapian, mereka tidak memahami atau mengetahui apa jua kerja-kerja yang dilakukan oleh KTMB, dalilnya projek Skypark bermasalah seperti lapuran audit negara.
9. Keputusan mewujudkan RNAA adalah satu tindakan tergesa-gesa atas desakan pihak-pihak tertentu sehingga memaksa pihak pengurusan dan board KTMB terpaksa menyetujui, mereka mengambil kesempatan terhadap kelemahan KTMB, sedangkan kelemahan berpunca dari mereka.
10. Perancangan awal dengan mewujudkan RNAA adalah untuk mengoutsorcekan semua jabatan KTMB, satu perkiraan "mudah kerja" dan mengambil kesempatan oleh pihak tertentu, kononnya dengan mewujudkan RNAA maka KTMB sebagai operator boleh mencapai keuntungan.
11. Kononnya lagi dengan semua bidang teknikal yang dioutsorcekan tidak membebankan KTMB ini akan menguntungkan KTMB.
12. Gangguan atau desakan dari pihak kontraktor untuk mengambilalih projek-projek tertentu.
13. Kepentingan peribadi menjadikan RNAA dicetuskan dengan mengatakan idea ini terbaik malah pihak-pihak berkenaan menyembunyikan fakta implikasi demi menjayakan RNAA.
14. Mereka target Januari 2018 (idea awal) boleh beroperasi dengan menyerahkan kepada syarikat-syarikat tertentu, dengan desakan RUM yang memecahkan strategi perancangan mereka, mereka terkedu pilihan yang ada ialah menangguhkan.
15. Malah perancangan awal mereka telah target sekurang-kurangnya 4000 orang pekerja akan ditamatkan perkhidmatan, mereka terkedu bila RUM membangkitkan isu ini.
16. Sekiranya dilaksanakan RNAA pada Disember 2017, maka KTMB pada 1 Januari 2018 tidak boleh beroperasi, malah semua perkhidmatan tergantung maka akan jadi isu negara kerana RAC masih teraba-teraba untuk melaksanakan semua yang tersebut dalam dokumen RNAA.
17. Penangguhan ini boleh dianggap bersifat sementara kerana PRU 14 akan tiba, ianya mengelakkan isu terus dibangkitkan.
#bersambung
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB