Kalau kata Melayu yang menjahanamkan Melayu... Boleh ke tidak? ialah kalau tenguk idea RNAA dari idea kepala otak Melayu... yang jadi Barua pun Melayu... yang untung sapa?
Ish... aku melayu.. kondem melayu.. apa punya melayulah aku ni... tapi kena bebel jugaklah... demi melayu...
Apa nak jadilah wahai melayu... melayu ni citer bagai nak rak... macam keris terhunus.. citer hebat saja.. tapi sebenarnya penyamun... eh... marah orang kalau cakap penyamun... tak betul ke? ialah tak betul... mudah je.. hentikan RNAA.... yang sebuk kata dah sign (tandatangan) bukan isu pun... semudah menjentik jari untuk membatalkan...
Eh... mana boleh batal.. kan melayu ni egonya tinggi... kalau batal malulah... malu? Ish... ini bukan soal malu beb.. ini soal pusaka Melayu... patutnya aku bangga jadi Melayu nak selamatkan khazanah Melayu... bukan pemusnah khazanah Melayu...
Entah apa-apa punya Melayulah... tak kan semua dah musnah baru nak sedar beb! Takkan semua dah tergadai baru nak bangkit beb! Bangunlah... Sedarlah... kita ni pewaris bangsa... bukannya pemusnah@penghancur bangsa... belum terlambat beb... belum terlambat...
Kita bukan mahu bercakap berdegar-degar.. kita bukan mau citer macam aku sahaja yang hebat... tapi kita mahu melihat yang nyata demi pembelaan bangsa Melayu... Warisan Melayu... Nama Melayu...
Tahun 2017 dah berlalu beb... tahun 2018 baru muncul... yang buruk yang hampeh... tu buangkan... buka buku baru.. semangat baru... baru itu satu perubahan... baru itu satu transformasi... baru orang respect beb... nanti nasi dah jadi bubur... apa pun tarak....
Orang sekarang tak buta beb... orang sekarang dah celik beb... so hentikan RNAA... janganlah bodoh-bodohkan orang... cukup-cukuplah temberang... kaya@duit tak boleh bawa mati beb... tapi bangsa Melayu@nama Melayu jangan dihilangkan beb...
Kami marah beb!!!!
Presiden RUM
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB