RUM tidak pernah marah malah kami menyokong kepimpinan YAB DATO SERI NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK PERDANA MENTERI MALAYSIA, dalam beberapa pertemuan sebelum RNAA di cetuskan banyak isu RUM dengan campurtangan YAB Dato Seri Najib dapat diselesaikan malah setiap perkara mengenai tuntutan RUM termasuk kelulusan CA dan BONUS diluluskan oleh YAB Dato Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia.
Masalah yang berlaku adalah pihak-pihak yang tertentu yang berkepentingan memberi salah maklumat malah cuba menghalang kami kepimpinan RUM untuk berjumpa dengan YAB Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak walaupun kami telah berusaha sedaya upaya melalui pihak-pihak tertentu untuk mengaturkan pertemuan untuk kami.
Persidangan Perwakilan yang ke 13 tahun lepas sebulat suara melahirkan sokongan kepada YAB Dato Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia, itu buktinya kami menyokong kepimpinan YAB Dato Seri Perdana Menteri, yang boleh membatalkan sokongan ini hanya Persidangan Perwakilan kerana ianya kuasa tertinggi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB.
Kami tahu bagaimana membalas budi, atas jasa dan sumbangan yang diberikan oleh YAB Dato Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak, prinsip kami orang "Orang Berbudi, Kita Berbahasa".
Namun masalah sebenar adalah pihak-pihak yang tertentu yang beriya-iya mahukan RNAA, malah dihalang dari kami berjumpa dengan Dato Seri Perdana Menteri untuk kami beri penjelasan keburukkan RNAA.
Kenapa mereka halang? kerana mereka gentar dengan hujah kami, mereka tidak mampu untuk mengatasi hujah kami, yang ada fakta temberang mereka, mereka hanya berkepentingan bukan untuk kepentingan rakyat@pengguna apatah lagi untuk KTMB dengan nama Keretapi "TANAH MELAYU" malah kami pekerja yang dianggap seorang "KULI" tidak perlu dilayan tapi kami ada maruah yang tidak boleh digadai dengan sebegitu mudah, kami pejuang kaum pekerja, kami bersedia untuk berperang dengan MENTERI PENGANGKUTAN & TIMBALAN MENTERI PENGANGKUTAN kerana kami SAYANGKAN KTMB, kerana kami PEJUANG KAUM PEKERJA.
Selamatkan KTMB, Selamatlah Pekerja.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB