1. Strategi untuk KTMB kekal dengan kekurangan lokomotif, kerana bajet yang ada hanya mampu membeli 16 - 17 buah lokomotif hibrid berbanding dengan peruntukan yang sama boleh membeli 30 buah lokomotif diesel.
2. Perancangan yang rapi untuk mengekalkan KTMB tidak mampu memperolehi keuntungan .
3. Mengekalkan rungutan @ kemarahan pengguna kepada KTMB agar memudahkan pihak berkepentingan camputangan kononnya untuk membantu KTMB.
4. Bila KTMB terus rugi maka RNAA yang ditangguhkan lebih mudah diimplementasi, kerana para 2 dan 3 digunakan sebagai alasan, outsorce jalan penyelesaian melalui RNAA.
5. Satu strategi untuk mengurangkan pekerja dan melumpuhkan RUM apabila RNAA dilaksanakan.
6. KTMB tidak mampu untuk melaksanakan projek kargo "cross border" kerana kekurangan Lokomotif.
7. Mengekalkan KTMB dengan kekurangan Lokomotif memberi ruang dan peluang mewujudkan "Second Operator".
8. Untuk mengembalikan larian Ekspress Rakyat, dan lain-lain ekspress akan menjadi sukar kerana kekurangan Lokomotif Diesel.
9. Strategi kepentingan perniagaan bagi syarikat-syarikat tertentu menjual set-set train dari China dan melaksanakan projek-projek perniagaan berorientasikan perkeretapian.
10. Untuk kepentingan pihak-pihak tertentu.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB