Kalaulah dulu lagi penyewaan atau pembeliaan Lokomotif Diesel dapat dilakukan maka hari ini KTMB tidak bermasalah, kerana pendapatan KTMB akan bertambah malah keuntungan mungkin dicapai.
RNAA idea yang dicetuskan oleh Kementerian Pengangkutan juga tidak wujud, cetusan idea RUM mengenai Multiple Operator juga tidak wujud, tiada mana-mana pihak akan mengambil kesempatan
"Past is Past", sewajarnya lembaran baru dibuka, maka beri keyakinan kepada En Rani Samsuddin CEO KTMB memainkan peranan untuk memulihkan KTMB agar KTMB mampu bersaing sebagai sebuah Syarikat Pengangkutan yang berjaya.
Jangan banyak campurtangan khususnya dari Kementerian Pengangkutan sehingga KTMB menjadi mangsa keadaan.
KTMB milik Kementerian Kewangan makanya peranan utama adalah dari Kementerian Kewangan bukannya Kementerian Pengangkutan.
Maka Kerajaan perlu merobah dasar yang ada dengan menarik balik hak Kementerian Pengangkutan yang diberi kuasa mengawalselia Operasi, hak ini perlu diletakkan dibawah Kementerian Kewangan selaras dengan hak milik 100% sahamnya adalah di bawah Kementerian Kewangan Diperbadankan.
Selagi ianya diberi kuasa maka pasti KTMB akan terus bermasalah kerana campurtangan yang berterusan.
Biarkan CEO KTMB dan Lembaga Pengarah KTMB yang menguruskan perniagaan KTMB manakala Kementerian Kewangan pula mengawasi setiap perjalanan atau operasi KTMB ianya tidak mewujudkan diskriminasi, biokrasi dan campurtangan sehingga KTMB hilang arah kerana banyak sangat kepala yang berusaha untuk menunjukkan mereka mempunyai kuasa.
Hentikan kerja-kerja yang menyusahkan biarkan KTMB sendiri yang mencorakkan hala tujunya demi kebaikan semua pihak khususnya untuk memberi perkhidmatan yang baik kepada rakyat.
Perubahan perlu dilakukan bukan sahaja dari KTMB sendiri tetapi dari sudut perubahan dasar yang boleh dianggap telah lapuk atau ketinggalan zaman.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB