Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Pada yang telah membayar hutang dirakamkan dengan ucapan terima kasih, kepada yang membayar secara beransuran kami juga ucapkan terima kasih, al maklum hutang ini bukan duit kami tapi duit ahli-ahli yang membayar yuran, pinjaman diberi atas dasar kesulitan akibat di buang kerja tempoh hari, apatah lagi semua kerugian ketika dibuang kerja telah dipulangkan kembali tanpa kerugian waima satu (1) sen pun seolah-olah kamu diberi cuti rehat yang panjang dengan bergaji penuh.
Kami menuntut bukan kerana membenci mu, tapi kami menuntut kerana menyayangi mu, kerana hutang yang kamu tidak bayar akan menyebabkan kamu sukar dikemudian hari, jangan kamu menyusahkan keluarga kamu kerana keterhutangan kamu bakal ditanggung oleh keluarga kamu ketika ketiadaan kamu lagi, kesusahan keluarga kamu kerana tidak mahu kamu dikemudian hari yang akan dituntut kerana kegagalan kamu menjelaskan hutang kamu.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB