RUM baca banyak kenyataan, kebanyakkan ialah satu provokasi untuk menakutkan "Penjawat Awam", dasar pekerja kontrak, ini kena faham dulu... jangan duk kalut... kemudian lantikan atas status atau kapasiti lantikan politik.. maka kontrak politik adalah "kontrak pengurusan 5 tahun", untuk pertama kali dalam sejarah selepas 60 tahun, perubahan kerajaan berlaku.. maka pasti kerajaan baru tidak mahu simpan orang ini, justeru itu kontrak yang tamat tempoh tidak disambung atau mungkin dipendekkan, selepas itu pengisian akan diambil dikalangan individu dari kerajaan memerintah kerana apa? kerana kerajaan memerintah mahu individu yang mampu membawa dasar kerajaan memerintah dan membantu kerajaan memerintah yang penting ialah kepercayaan kepada individu oleh kerajaan memerintah.
Begitu juga selepas PRU 15, andai kerajaan yang memerintah kalah diambil pula kerajaan baru, maka akan berlaku situasi yang sama penamatan pekerja kontrak, so kita kenalah faham apa itu "Pekerja Kontrak" dan risiko sebagai "Pekerja Kontrak" dokumen yang ditandatangani telah ditandatangani sendiri pekerja yang bekerja sebagai pekerja kontrak.
Pada RUM kenyataan yang diwar-warkan adalah satu bentuk provokasi serta mengelirukan dengan tujuan menakut-nakutkan penjawat awam, sewajarnya "CUEPACS" sebagai Gabungan Kesatuan Sekerja Penjawat Awam menjelaskan bagi mengelak kekeliruan bukannya berdiam diri andai ada penganiayaan maka sewajarnya CUEPACS bangkit menyuarakan dan membantu mereka.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB
@ rujuk kenyataan sebelum ini "pekerja kontrak"