RUM ingin menarik perhatian mengenai SPAD yang ditubuhkan di bawah Plan Transformasi Negara dicetuskan oleh PEMANDU yang kononnya sebagai satu agensi yang bertujuan menyelaraskan perkhidmatan darat agar lebih efiksyen dan selamat yang ditubuhkan pada tahun 2010.
Pada pandangan RUM penubuhan SPAD tidak memberi kesan yang positif, sebelum SPAD diwujudkan peranan yang dimainkan oleh SPAD telah dilaksanakan di bawah agensi Kementerian Pengangkutan seperti Jabatan Pengangkutan Jalan dan Jabatan Keretapi termasuk bidang perlesenan dan penguatkuasaan malah penubuhan SPAD boleh dianggap sebagai satu pertindihan tugas dengan agensi yang berada di bawah Kementerian Pengangkutan.
Berdasarkan pengetahuan RUM, SPAD sendiri tidak memahami tugasnya dengan jelas malah SOP yang yang ada boleh dianggap bercelaru sehingga menyusahkan KTMB dalam sesuatu aspek yang melibatkan keselamatan khususnya bila berlaku kegelinciran keretapi SPAD akan mengambil keputusan tanpa mengambilkira pandangan pengurusan KTMB seterusnya mengambil pendekatan yang agresif sehingga menyusahkan pengguna sedangkan penekanan melalui SOP yang terwujud dalam SPAD sendiri boleh dianggap bercelaru dan longgar, prosedur keselamatan yang ada dalam KTMB malah setiap perkara melibatkan keselamatan di bawah Aturan Peraturan Keretapi adalah lebih tepat dan ianya mengikut garis panduan yang digunakan diseluruh perkeretapian di peringkat antarabangsa.
RUM turut membaca keluhan Pemandu Teksi terhadap SPAD khususnya dari Persatuan Pemandu Teksi yang telah melahirkan bahawa SPAD perlu dibubarkan kerana difahamkan SPAD banyak menyusahkan kalangan Pemandu Teksi, RUM percaya rungutan kalangan Pemandu Teksi kerana apa yang berlaku kepada KTMB malah pekerja yang terlibat secara terus telah melahirkan rasa tidak puas hati malah dalam aspek KTMB keputusan yang diambil oleh SPAD menimbulkan masalah besar kepada KTMB sehingga para pengguna yang tidak tahu hujung pangkal bila perkhidmatan keretapi dihentikan dengan tempoh yang tidak munasabah ketika berlaku kegelinciran sedangkan perkhidmatan telah dibaikpulih, tren boleh beroperasi semula berdasarkan prosedur keselamatan yang ada dalam KTMB tetap dihalang oleh SPAD malangnya KTMB yang dipersalahkan Nitezen kerana terpaksa menghentikan perkhidmatan yang terlalu lama, ini tidak pernah berlaku sebelum kewujudan SPAD, kenyataan ini merupakan satu contoh banyak perkara lagi tidak "dihighlightkan".
Justeru itu RUM amat berharap kerajaan memerintah hari ini dapat mengkaji semula kewujudan SPAD yang boleh dianggap satu agensi tidak aktif yang peranannya sebagai satu pertindihan tugas dengan Kementerian Pengangkutan malah kewujudan SPAD adalah satu pembaziran wang rakyat dengan kos operasi SPAD yang ditanggung oleh Kerajaan.
Suka RUM memberi pandangan agar SPAD sewajarnya dibubarkan seterusnya diletakkan fungsi di bawah Kementerian Pengangkutan kerana RUM beranggapan kewujudan SPAD tidak ada lebih malah banyak menyusahkan semua pihak, RUM yakin di bawah kerajaan memerintah hari ini mampu mengkaji semula Plan Transformasi Nasional khususnya SPAD yang jelas mendapat rungutan dari banyak pihak.
Pembubaran SPAD akan memberi kesan yang amat positif kepada semua pihak yang terlibat, menjimatkan wang negara malah akan menyenangkan rakyat, RUM yakin kerajaan yang memerintah hari ini akan mendengar keluhan kami kerana keluhan juga telah dibuat oleh Persatuan Pemandu Teksi dan kini Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB.
Semoga negara lebih baik di bawah pemerintahan baru.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB