RUM terpanggil bila melihat banyak komen mengenai perkara di atas samada pro maupun kontra, justeru itu RUM melahirkan pendirian RUM.
RUM menyambut baik cadangan potongan gaji suami sebanyak 2% untuk dimasukkan ke KWSP ianya memberi kebaikan kepada isteri sebagai simpanan hari tua, sewajarnya para pekerja@suami memberi sokongan kepada idea yang baik ini.
Tidak timbul soal rasa kurang cukup atau ada cara lain untuk simpanan kerana ianya tetap berbentuk simpanan malah dari sudut istilah perkahwinan adalah "perkongsian" wajarlah sedikit upah yang diterima oleh suami dikongsi dengan diberikan kepada isteri yang dicintai.
Kebaikan tambahan dari simpanan ini adalah sumbangan setiap bulan dari kerajaan sebanyak RM 50.00 kedalam tabung simpanan KWSP isteri ianya memberi sumbangan yang sangat bererti kepada seorang perempuan yang bergelar isteri, disini satu usaha yang patut diberi pujian.
Sewajarnya ia tidak dijadikan isu khususnya pihak suami atau isu yang ingin dipolitikan, setiap perkara yang mengunjurkan kepada kebaikan sewajarnya disokong.
RUM sebagai Kesatuan Sekerja sangat mengalu-alukan usaha murni ini.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB