Satu perkembangan positif melalui kenyatan yang dikeluarkan oleh Yb Menteri Pengangkutan mengenai SPAD, malah dalam kenyataan ringkas telah mengakui pertindihan tugas dan akan diletakkan di bawah Kementerian Pengangkutan.
Mengikut tafsiran RUM melaui kenyataan YB Menteri Pengangkutan bahawa beliau sendiri secara tidak langsung bersetuju untuk membubarkan SPAD kerana mengakui ada pertindihan tugas namun kita menyedari bahawa SPAD di bawah Jabatan Perdana Menteri maka proses ini mungkin mengambil masa malah mengikut pengamatan RUM pemansuhan Akta SPAD hendaklah dilakukan, sekiranya sekadar dipindahkan di bawah Kementerian Pengangkutan ianya tetap berlaku pertindihan tugas serta berlaku masalah yang sama kerana keperluan yang ada ialah kembali kepada asal seperti mana telah dilaksanakan sebelum SPAD diwujudkan, justeru itu usaha ini akan disokong sepenuhnya oleh RUM seperti kenyataan dalam Suara Rum "SPAD SEWAJARNYA DIBUBARKAN" pada 13/5/2018.
Kami berharap ianya direalisasikan.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10156499027130555&id=188457585554