24 Ogos 2018

DASAR LAMA/ DASAR BARU

ECRL bila baca komen politik kita akan bercelaru... tapi tak kesah, RUM bukan parti politik..  kepentingan RUM adalah menjaga kepentingan pekerja dan KTMB, soal politik kita ketepikan, soalnya KTMB telah lama dianaktirikan, "time" sekarang kita nak tenguk pula sejauh mana kerajaan baru mengambil berat tentang KTMB, berusaha membantu KTMB, malah RNAA pula hendaklah dibatalkan, andai dasar lama diikuti seperti pelaksanaan RNAA, maka tiada bezanya kerajaan lama dan baru.

Kita juga sedar bahawa 100 hari khususnya Kementerian Pengangkutan menumpukan agensi lain terlebih dahulu, mengenai KTMB... RUM belum nampak secara sepenuhnya dalam melaksanakan dasar baru yang mampu molonjakkan KTMB kearah yang lebih baik.. kita masih tunggu dan lihat kearah mana hendak dituju, kita tidak melompat untuk segera , kita tidak melompat untuk tempoh 100hari maupun setengah (1/2) penggal atau pun tahun pertama kerana kita faham dalam sesuatu perubahan yang dilakukan ianya perlu kajian yang mendalam malah pada RUM kita perlu memberi ruang untuk satu tempoh yang munasabah. RUM sentiasa bersabar demi  menaruh "HARAPAN" yang mampu membawa perubahan.

Namun RUM tetap berhati-hati, memantau setiap pergerakan bagi memastikan KTMB mampu diselamatkan dari mereka yang berkepentingan, kerana dasar yang ada KTMB adalah perkhidmatan untuk rakyat, maka pilihan yang ada ialah Kerajaan hari ini perlu melihat kepentingan rakyat dari sudut pengangkutan awam khususnya di bawah "perkhidmatan sosial", justeru itu kami RUM mengharapkan Kementerian Pengangkutan akan melihat dan membantu KTMB secara telus demi pekerja, rakyat dan negara.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB