Setiausaha Agung RUM Sdr Subramaniam telah menyampaikan "Draf Perjanjian Bersama ke 9" kepada Pengurus Besar Perolehan, Menampung Tugas Modal Insan KTMB, En Mohd Hider Bin Yussof @ Othman.
RUM berharap proses Perjanjian Bersama ke 9 ini akan berjalan dengan lancar selaras peruntukan Akta Perhubungan Perusahaan (Akta 177) malah akan memberi faedah yang lebih baik kepada seluruh pekerja bukan eksekutif demi memastikan kos sara hidup yang tinggi dapat ditampung oleh pekerja KTMB.
Harapan RUM penambahbaikan @ peningkatan faedah ini bukan sahaja memberi kebaikan kepada pekerja bukan eksekutif yang rata-rata berpendapatan rendah tapi ianya memberi kesan positif dari sudut motivasi bagi meningkatkan produktiviti seterus bersama KTMB untuk memajukan KTMB.
Semoga Perjanjian Bersama ini akan mencapai harapan bagi setiap pekerja bukan eksekutif KTMB.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB