Perkembangan teknologi kini satu ancaman kepada pekerja, pekerja harus sedar dengan perkembangan teknologi akan mengakibatkan berlakunya pengurangan tenaga kerja manusia kerana sektor yang menggunakan tenaga manusia telah digantikan dengan elektronik atau robotik.
Pekerja tidak boleh berasa selesa dengan alaf baru ini, kerana akibat atau implikasinya cukup besar kepada golongan pekerja dari sudut pengurangan pekerja.
Di KTMB sendiri contohnya sistem "ticketing", sistem "Operation Management Centre" (OMC) yang mengawal sistem perjalanan tren boleh menghapuskan beberapa jawatan dalam KTMB khususnya dalam landasan berkembar (double track) yang boleh mengakibatkan berlakunya pengurangan pekerja.
Malah ianya telah pun berlaku seperti PLUS, yang mana penggunaan "touch n go" dikuatkuasakan, begitu juga dengan bank sistem "online banking" yang boleh mengurangkan penggunaan tenaga manusia, Tren Metro yang tidak lagi menggunakan Pemandu seperti Putra LRT, MRT 1, begitu juga akhbar yang kini cukup popular dengan media elektronik sehingga media cetak mengalami kerugian, alaf baru ini satu cabaran bagi semua pekerja, perubahan era teknologi baru akan menghakis tenaga manusia sebagai pekerja.
Justeru itu, pekerja hari ini tidak ada pilihan untuk menghadapi cabaran yang mendatang, samada berdepan dengan langkah berani atau menerima nasib malang atau teruskan berasa selesa, kerana generasi muda hari ini akan menghadapi cabaran besar masa mendatang.
Sebagai sebuah kesatuan sekerja maka ini satu cabaran besar untuk dihadapi bagi melindungi nasib kaum pekerja, andai pekerja terus berasa selesa khususnya generasi muda maka nasib masa depan kaum pekerja tidak mempunyai hala tuju kecuali kerja-kerja manual yang tidak mampu digunakan sistem elektronik atau robotik tapi harus sedar bahawa tidak mustahil yang tenaga manusia tidak diperlukan lagi kerana peredaran masa begitu pantas dalam era memajukan teknologi yang lebih canggih bagi menggantikan tenaga manusia, sesuatu yang sukar untuk diatasi, suka atau tidak peredaran masa yang begitu pantas ini akan terpaksa diterima namun akibatnya adalah nasib kaum pekerja itu sendiri.
Wahai kaum pekerja sedarlah.. bangkitlah, jangan sampai dah terhantuk baru nak terngadah, sertailah kesatuan sekerja, wujudkan kesatuan sekerja dan jadikan kesatuan sekerja itu kuat dan mampu berjuang demi masa depan, kerana yang mampu memperjuangkan nasib kaum pekerja hanya KESATUAN SEKERJA, pilihan yang ada semua kaum pekerja perlu bersatu.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB