RUM Kecewa Dengan Menteri

Dengan Menteri Pengangkutan ini, RUM melahirkan kekecewaan kerana kewujudan RNAA.

TAHNIAH KTMB

Keretapi Tanah Melayu Berhad sekali lagi melakar kejayaan yang amat dibanggakan. Tahniah KTMB

Perkhidmatan komuter antara bandar

Perkhidmatan komuter antara bandar Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) beroperasi di kawasan utara sedang melalui melalui sungai di Tasek Gelugor, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. - Foto Amir Irsyad Omar

Barisan EXCO,PEGAWAI UTAMA,PRESIDEN RUM..

Mesyuarat Majlis Bersama Pusat with Head Of Department dan Presiden KTMB Sarbini Tijan. Keharmonian diantara Pengurusan dan Kakitangan. Sokongon penuh kepada PRESIDEN KTMB.

Sahabat RUM dari NUBE

Tidak berseorangan didalam perjuangan, teman-teman dari lain-lain kesatuan turut memberikan sokongan

JAMBATAN KERETAPI KEMUBU DISAMBUNG

JAMBATAN KERETAPI KEMUBU rosak akibat banjir kelantan. Akhir nya jam 1205 hari ini 5 Nov 2015 telah berjaya menyambung kembali jambatan yg rosak.

29 November 2018

PENCEN MINIMA PEKERJA SYARIKAT KERAJAAN YANG DISWASTAKAN

Sebentar tadi berlangsung pertemuan dengan  Tun Daim Zainuddin Penasihat Kerajaan mengenai rayuan dari Uni-Glc yang diketuai oleh Ybhg Dato Haji Shafiee Mammal, Sdr Roszeli dari Kesatuan Pekerja-Pekerja TNB dan saya dari RUM mengenai pencen minima untuk pekerja diswastakan.

Pertemuan ini adalah dengan tujuan mengemukakan rayuan kepada kerajaan agar dapat dipertimbangkan gaji minima pada semua pekerja syarikat yang telah diswastakan, perjuangan mewujudkan pencen minima ini bermula sejak tahun 2010 lagi.

Usaha dan terus berusaha itulah prinsip kami dikalangan pemimpin kesatuan sekerja tanpa ada putus asa, kerana kami amat memahami kedudukan pekerja khususnya yang dibersarakan atas sebab penswastaan kerana ada pesara yang hanya menikmati pencen serendah RM 150.00.

Terima kasih  Tun Daim Zainuddin yang sudi berjumpa dengan kami, Terima Kasih kepada Dato Shafiee Mammal Presiden Uni-Global yang tidak pernah berhenti berusaha untuk membantu pekerja yang telah dibersarakan atas sebab pengswastaan serta mengajak kami bersama untuk terus berusaha berjuang demi mereka yang hanya bergantung dengan pencen yang amat rendah untuk meneruskan sisa-sisa kehidupan.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


25 November 2018

1500 PEKERJA MEDIA PRIMA BAKAL DIBUANG KERJA / RUM LAHIRKAN SIMPATI/ NASIB KITA PEKERJA KTMB MUDAH-MUDAH TIDAK BERLAKU!

Satu isu yang menarik, bila ianya digembar-gemburkan, pada RUM ianya sesuatu yang menyedihkan bila melibatkan kaum pekerja.

Namun RUM selalu melihat sekiranya ini berlaku puncanya ialah kelemahan pengurusan itu sendiri yang gagal mentadbir urus syarikat dengan efektif.

Kegagalan pengurusan maka mangsanya adalah pekerja!

RUM telah membuktikan melalui kelemahan pengurusan terdahulu dalam KTMB, RUM berpiket kerana melahirkan rasa tidak berpuas hati dengan pentadbiran yang lalu, akibat daripada tindakan itu 97 kepimpinan dan ahli-ahli RUM yang berpiket diambil tindakan buang kerja.

Hari ini RUM mempunyai bukti dokumen melalui tindakan piket bahawa segala kelemahan yang berlaku bukannya dari pekerja tetapi sebaliknya pengurusan itu sendiri, sesuatu yang "mahal nilainya" dan "cabaran yang penuh berliku" untuk membuktikan kelemahan pihak pengurusan.

Malah bila wujud RNAA melalui pengumuman Mantan Timbalan Menteri Pengangkutan kerajaan yang lepas telah menyatakan di Parlimen bahawa dijangka 4000 pekerja dijangka dibuang kerja, pengumuman yang dibuat oleh mantan Timbalan Menteri Pengangkutan telah menghakibatkan pertikaian diantara RUM dan Kementerian Pengangkutan.

Maka semua risiko buang kerja pasti akan berlaku namun semua terletak ditangan kita, samada kita membenarkan (redha) atau kita berjuang melawan arus, namun perjuangan kesatuan sekerja membela nasib pekerja tidak pernah luntur malah terus membakar mempertahankan nasib pekerja.

RUM amat simpati pada rakan-rakan seperjuangan, RUM berharap khabar yang digembar-gemburkan pada nasib pekerja media prima adalah tidak benar, andai benar maka sesuatu perlu dilakukan demi selamatkan periuk nasi mereka, kerana ini bukan kesilapan pekerja tapi kegagalan pengurusan dalam urustadbir.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


16 November 2018

PERTEMUAN DENGAN YB ANTHONY LOKE MENTERI PENGANGKUTAN SEMALAM.

RUM merakamkan ucapan terima kasih kepada Yb Menteri Pengangkutan yang dapat meluangkan masa untuk bertemu dengan kepimpinan RUM. Pertemuan yang dinanti-nantikan ini telah mengambarkan satu pertemuan yang sangat bermakna berikutan isu mengenai Railway Network Access Aggrement (RNAA) yang menjadi isu sejak sekian lama menjadi tentangan RUM terhadap peneraju Kementerian Pengangkutan terdahulu.

Secara ringkas pertemuan ini bukanlah satu penyelesaian tetapi ianya membuka ruang perbincangan bagi mewujudkan jalan penyelesaian, Yb Menteri Pengangkutan bersikap terbuka dan mendengar setiap butiran hujah dari RUM dan menjelaskan beliau belum meneliti dokumen RNAA, malah beliau akan meneliti seterusnya akan mengkaji kembali dokumen RNAA dan akan mengadakan perbincangan semula demi kebaikan semua pihak.

Beliau juga memberi jaminan KTMB tidak akan dianaktirikan sebaliknya akan memberi perhatian demi kebaikan KTMB, Pekerja dan Pengguna, satu kenyataan yang RUM tunggu-tunggu pengakuan yang KTMB tidak akan dianaktirikan oleh Yb Menteri Pengangkutan yang mewakili kerajaan memerintah kerana perkataan "Anak Tiri" yang dilaung-laungkan oleh RUM telah mendapat perhatian dari Yb Menteri Pengangkutan.

Beliau juga melahirkan kenyataan bahawa pertemuan ini bukan yang terakhir malah akan sedia berbincang dengan pihak RUM demi kemajuan KTMB dan Pekerja itu sendiri.

Rumusan yang boleh dikatakan pertemuan ini sangat positif, banyak perkara yang dibangkitkan mendapat perhatian dan pertimbangan Yb Menteri Pengangkutan khususnya untuk kebaikan KTMB dan Pekerja.

Paling menarik diawal mukadimah Yb Menteri memohon maaf kerana tidak kesempatan bertemu awal kerana kesebukan tugas serta untuk mengetahui semua agensi di bawah Kementerian Pengangkutan, satu ungkapan yang membuat kami menghormati Yb Menteri, kami juga memahami kesebukan Yb Menteri Pengangkutan khususnya masih baru menjawat jawatan sebagai Menteri Pengangkutan.

Bagi pihak RUM kami merakamkan ribuan terima kasih kerana kesudian Yb Menteri Pengangkutan mendengar keluh kesah kami, malah kami sedia bersama dan berunding demi kebaikan KTMB, Pekerja khususnya Pengguna.

Semoga hubungan baik ini terjalin dengan harmoni dan seterusnya isu yang dibangkitkan dapat diselesaikan demi kepentingan KTMB, Pekerja, Pengguna khususnya Negara tercinta Malaysia.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


15 November 2018

TERIMA KASIH YB MENTERI PENGANGKUTAN ATAS PERTEMUAN RASMI DENGAN KEPIMPINAN RUM.

Gambar ketika pertemuan jam 4 petang berlangsung selama 1jam 15 minit di Parlimen, pertemuan dianggap sangat positif.

Maklumat lanjut mengenai pertemuan akan di update esuk.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


RUM TAK BUAT APA-APA KE? SATU SOALAN CEPUMAS! PEKERJA DI IBU PEJABAT KTMB/KLO/KL CENTRAL & DEPOH SEKITAR KUALA LUMPUR KONONNYA DIARAH BERPINDAH. (PART 1)

Teori RUM mudah, kenapa pihak RAC nak mengusulkan perancangan serta mengkaji dengan mengosongkan ibu pejabat KTMB, Stesen Keretapi Lama (KLO), Stesen KL Central dan semua depoh di sekitar Kuala Lumpur.

Ramai yang tidak tahu, KTMB sampai sekarang tidak mampu membayar tungakan pembayaran kepada kontraktor yang melibatkan kurang lebih RM 150 juta (anggaran) hutang ini disebabkan peneraju KTMB dahulu.

Melalui Railway Network  Access  Aggrement (RNAA) setiap aset yang dimiliki oleh Perbadanan Aset Keretapi (RAC) maka KTMB perlu membayar kepada RAC sebagai sewa, sebelum ini melalui warta kerajaan KTMB hanya perlu membayar pajakan hanya RM 1.00 sahaja.

Kalau KTMB tidak mampu membayar tungakkan kepada kontraktor, mampukah KTMB membayar sewa setiap aset yang dimiliki oleh RAC?

Apakah aset RAC?

Aset RAC merangkumi semua Bangunan KTMB, semua stesen keretapi, semua lokomotif, set-set tren, landasan atau semua harta yang dibeli oleh kerajaan selepas 1.8.1992.

Apa yang ada pada KTMB?

Nothing, kalau ada pun mungkin pen dan kertas atau harta usang sebelum 1/8/1992

Mampukah KTMB membayar sewa setiap pengunaan aset yang dimiliki oleh RAC?

Kalau tunggakan tidak mampu bayar, kalau harga tambang penumpang dikawal oleh kerajaan, maka pembaca sendiri boleh jawab.

Siapa untung?

Siapa rugi?

Yang untung itu "BROKER"

Sapa "BROKER"?

Tidak lain.. tidak bukan..

"PERBADANAN ASET KERETAPI" (RAC)

Apakah peranan "BROKER"?

Peranan "BROKER" adalah sebagai orang tengah untuk menyewa/memajak/menjual aset yang ada pada yang berminat dengan segala aset yang dulu sebelum 1.8.92 adalah milik KTMB.

Maka dengan mengarahkan KTMB mengosongkan Bangunan KTMB/ Stesen Keretapi Lama (KLO)/ KL Central dan Depoh di sekitar Kuala Lumpur maka semua aset ini boleh disewa/dipajak/dijual pada yang berminat, maka hasrat pihak-pihak yang berminat sebelum ini seperti YTL, MMC atau pihak lain berpeluang untuk mengambilalih aset yang diiinginkan sebelum ini.

Tentunya KTMB terpaksa akur kerana Bangunan@aset ini digunapakai hak milik RAC hanya dengan pajakan RM1 sedangkan melalui RNAA, KTMB perlu membayar sewa, andaian RUM sewa yang akan dikenakan untuk penyewaan Bangunan KTMB sahaja kurang lebih RM 2 juta sebulan, maka pilihan yang ada ialah KTMB terpaksa mengundurkan diri dari BANGUNAN KTMB dan semua aset yang asalnya milik KTMB kecuali KTMB mampu membayar sewa.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


14 November 2018

RUM TAK BUAT APA-APA KE? SATU SOALAN CEPUMAS! PEKERJA DI IBU PEJABAT KTMB/KLO/KL CENTRAL & DEPOH SEKITAR KUALA LUMPUR KONONNYA DIARAH BERPINDAH.

Bila RUM dengar mahu tak panas telinga, rasa terbakar bila soalan begini keluar, tapi biasalah kenyataan sebegini yang sentiasa dilontarkan, jangan sesekali melatah, asam garam bila duduk di platform RUM tidak kira apa jawatan yang dipegang oleh kepimpinan RUM mereka hanya pandai menyalahkan tapi kebanyakannya bukan ahli RUM, cuma bahayanya mulut mereka ini boleh merosakan pemikiran ahli-ahli RUM yang tidak dapat cerita sebenar, maka ahli RUM akan terpengaruh dan turut menyalahkan kepimpinan RUM.

Isu terbaru yang dilontarkan kononnya mengenai arahan yang bakal dikeluarkan ialah pekerja di Ibu Pejabat KTMB, Pekerja di Stesen Keretapi Kuala Lumpur Lama (KLO), Pekerja di KL Central, pekerja-pekerja di Depoh sekitar KL akan dipindahkan, maka RUM terpinga-pinga sedangkan kepimpinan RUM tidak mengetahui langsung, lagi terpinga-pinga bila RUM dikatakan tidak buat apa-apa! seolah-olah RUM membenarkan.

Justeru itu kalau ada sebarang maklumat kena sampaikan, menjadi tanggungjawab setiap individu ahli RUM untuk menyampaikan sebarang maklumat kepada kepimpinan RUM, maka kami diperingkat kepimpinan akan mengetahui serta menyiasat kesahihannya, baru gerakan menyusun langkah boleh bermula, kerana maklumat awal ini penting bagi kami kerana teknik kami "sediakan payung sebelum hujan". Jangan duk takut sangatlah, jangan duk bodek sangatlah, kena kenal apa itu "MAJIKAN"? tak kan itu pun tak nampak! kemudian jangan penting diri sendirilah... biasanya yang penting diri sendiri ini akhirnya terjun jugak... banyak dah berlaku.. sebab kononnya tak percaya dengan RUM... last.. last.. dia pun terjun... aiyaaa...

RUM bila dengar hati memang terbakar @ marah bukan kepada individu yang melontarkan cerita tapi isu yang diutarakan, kerana RUM sentiasa berpendirian akan berusaha mempertahankan KTMB selaras dengan motto RUM, "Selamatkan KTMB, Selamatlah Pekerja.

Namun RUM terus menyelidik dan mengkaji, setelah itu RUM mendapati bahawa isu yang dilontarkan adalah benar dan sahih cuma dalam peringkat perancangan yang kononnya diutarakan oleh Perbadanan Aset Keretapi (RAC), maka mungkin arahan telah dibuat kepada pihak KTMB untuk membuat kajian dan menyusun keperluan sekiranya arahan ini dilaksanakan, maka sekali lagi RUM dapat merasakan pengurusan KTMB dalam keadaan tersepit maka mengikut lumrahnya pengurusan KTMB akan akur, namun RUM yakin bahawa Ybrs En Rani Samsuddin, Ketua Pegawai Eksekutif akan mempertahankannya, al maklum Lembaga Pengarah KTMB sebelum ini semua dah lepaskan jawatan, kalau tidak mereka ini semua main "angguk-angguk", yang buruk semua kami (kepimpinan RUM) yang baik mereka yang boleh bersetuju dengan RNAA.

Cuma pada ahli-ahli jangan hanya pandai meluahkan "RUM tak buat apa-apa ke?", RUM kalau dia buat.. dia tak peduli dah... Pak Menteri pun dia langgar... tapi bila RUM buat janganlah lari malam... jangan duk dalam kelambu... namapun ahli RUM...  berjuang tu kena sama-sama... berjuang tu dalam satu pasukan dan bukan  sekadar nak untung je... bukan sekadar ambil kesempatan...  bukan sekadar pandai merungut... nama pun kesatuan.. kalau dah kena langgar garuda duk masih melangut lagi... alamat matilah... kena bangkit melawan... itu baru berjuang bersama-sama... sebab risiko dilanggar garuda bukan RUM saja yang mati... kamu pun mati sama... itu perumpamaannya... kita tak de lah sampai mati... cuma periuk nasi kita dah tak berasap je... tapi macam matilah jugak, anak bini nak makan apakan... tak kan lah nak bagi makan pasir... yang ini tak payah bagitau... sendiri boleh fikir...

Dari sudut penelitian RUM ianya berpunca dari Railway Network Access Aggrement (RNAA) maka ianya adalah hak kuasa mutlak yang ada pada Perbadanan Aset Keretapi (RAC) mencetuskan idea dengan percubaan untuk mengambilalih semua aset yang telah dipindah milik melalui pindaan Akta Keretapi 1992 malah melalui RNAA yang telah ditandatangani oleh Mantan Lembaga Pengarah KTMB secara tidak langsung telah membatalkan "Warta Kerajaan 1.8.1992" yang membenarkan aset yang digunapakai oleh KTMB dengan pajakan RM1.00 dibatalkan.

RUM pernah berjuang mempertahankan Bangunan KTMB dan Stesen Keretapi Kuala Lumpur (KLO) yang cuba diambilalih oleh YTL dan MMC akhirnya keputusan menyebelahi RUM dengan jayanya, hasrat mereka yang berusaha untuk mengambilalih Bangunan KTMB dan KLO berjaya digagalkan.

Antara perancangan mereka ialah untuk membangunkan bangunan KTMB sebagai hotel manakala "KLO" pula hendak dijadikan pusat membeli belah dan kondominium bertaraf mewah, hasrat mereka ini adalah tidak lain untuk mencari keuntungan dari sudut perniagaan tanpa melihat bahawa kepentingan sejarah KTMB yang telah wujud lebih seratus tiga puluh (130) tahun.

Cuma RUM nak bagitau idea ini idea lapuk, idea dah basi, nampak sangat otak tu dah beku@blank, idea lapuk yang di recycle, malulah belajar sampai kelangit tapi setakat ini je idea, oiiiii... idea kalau nak majukan industri keretapi, tanah keretapi banyak lagi idea ada, janganlah jadi macam lapangan terbang kat sungai besi tu... pun digadaikan... jangan jadi haprak sangatlah...

Keretapi Tanah "Melayu" cukup kita faham sebagai satu nama yang satu-satunya beridentitikan "TANAH MELAYU" yang ada pada hari ini, selain dari buku-buku atau dokumen-dokumen yang menyatakan bahawa Malaysia adalah asalnya "TANAH MELAYU" andai ianya terhakis maka ianya hanya jadi satu catatan sejarah yang akan dimasukan dalam dokumen-dokumen sejarah sebagai ingatan tidak lebih dari itu, tidak tersergam indah seperti mana yang ada sekarang.

RUM telah melahirkan bantahan demi bantahan bukan sekarang tapi sejak lama dahulu, malah dalam kenyataan yang lalu kalau dikatakan pejuang melayu pasti Keretapi Tanah Melayu juga akan dipertahankan, andai ini hanya sekadar nama tidak mampu dipertahankan? Apakah kita mampu mempertahankan Bangsa Melayu dan Tanah Melayu?

RUM sebagai sebuah organisasi kesatuan sekerja tidak akan sesekali membenarkan mana-mana pihak yang cuba mengancurkan Keretapi "Tanah Melayu", malah setiap pergerakan yang diutarakan RUM mengetahui maksud tersirat, "sekilas ikan diair, dah tau jantan betinanya".

Hidup jangan berpura-pura, laungan bukan sekadar laungan, keris terhunus bukan bermakna pahlawan, andai sekadar nama "tanah melayu" pun tidak mampu dipertahankan.

Kami Pekerja KTMB, khususnya ahli-ahli RUM bersedia untuk mempertahankan KTMB dari mana-mana pihak, niat kami hanya satu "SELAMATKAN KTMB, SELAMATLAH PEKERJA".

Justeru itu pendirian RUM ialah "BATALKAN RNAA, SERAPKAN RAC DI BAWAH PENTADBIRAN KTMB"!

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


13 November 2018

Idea Basi.. (2x5)

Duduk dalam RUM.. isu tak penah abis.. bukanlah isu baru.. isu sama yang berulang2.. idea basi.. (2x5) aiyaaa... failed!


MEMORI RUM PERTAHANKAN BANGUNAN KTMB SEJAK DULU.

RUM bukanlah kali pertama mempertahankan Bangunan KTMB, sebelum kenyataan dalam blog suara rum memgenai cubaan MMC hendak mengambilalih bangunan KTMB, YTL telah berusaha gigih untuk mengambilalih bangunan KTMB yang mana RUM menentang sekeras-kerasnya, maka setiap percubaan untuk mengambilalih asalnya milik KTMB tetap akan ditentang!

Ingatan ini kepada mana-mana pihak yang cuba mengambilalih mana-mana hak asalnya milik KTMB.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


 RUM bantah serah bangunan KTMB kepada MMC  


08 November 2018

AL FATIHAH

Dengan rasa dukacita dimaklumkan Sdr Baharudin Mantan Setiausaha Cawangan Ipoh yang baru bersara dua (2) bulan atas sebab kesihatan telah kembali kerahmatullah.

Perginya seorang sahabat dan pejuang RUM, semoga Allahyarham Baharudin ditempatkan dengan orang-orang yang soleh.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


05 November 2018

03 November 2018

BELANJAWAN

Kalau kita baca cara positif maka jawapannya positif, andai kita baca cara negatif maka jawapannya negatif, maka Allah Swt bagi kita akal untuk berfikir.. fikirlah.. ini je komen RUM.


01 November 2018

PERASMIAN STESEN ABDULLAH HUKUM SERAH SURAT PADA YB MENTERI PENGANGKUTAN

RUM merakamkan terima kasih atas kesudian menjemput kepimpinan RUM untuk menghadiri Majlis Perasmian Stesen Keretapi Abdullah Hukum.

RUM juga mengambil kesempatan menyerahkan surat kepada Yb Menteri Pengangkutan sendiri dalam Majlis Perasmian untuk memohon temujanji, surat yang dihantar hari ini adalah surat yang ketiga (3) kepada Yb Menteri untuk memohon temujanji.

Surat 1 bertarikh :- 1 Jun 2018

Surat 2 bertarikh :- 26 Jun 2018
Surat 3 bertarikh :- 1 November 2018

Harapan kita Yb Menteri sudi bertemu dengan kita dan memberi ruang untuk kita berbicara mengenai Railway Network Access Aggrement (RNAA).

Kita sentiasa mengunakan pendekatan keharmonian perusahaan dengan tujuan menjaga hubungan baik diantara Kesatuan dan Kerajaan Memerintah, kita harap hubungan baik terus disemai dan dibaja agar terus kekal harmoni, janganlah bila kita menundukan kepala, kita tidak dilayan, kerana itu mengambarkan kurang sopan.

Namun kami yakin Yb Menteri Pengangkutan hari ini bukanlah seperti Yb Menteri Pengangkutan yang lepas, kerana kami sentiasa berfikiran "positif" dengan mengunakan pendekatan "menarik benang dalam tepung", pendirian kami jelas bahawa cara yang paling berhemah ialah melalui rundingan, kerana kami juga insan yang memegang pada janji seperti mana janji yang telah dibuat oleh Barisan Ahli Parlimen Pembangkang sebelum PRU 14, cuma pada pertemuan yang terdahulu dengan barisan ahli parlimen pembangkang Yb tidak ada ketika itu.

Sekali lagi kami berharap pertemuan dapat diadakan demi mendengar keluhan kami dari RUM yang juga  sebagai rakyat Malaysia.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB