14 November 2018

RUM TAK BUAT APA-APA KE? SATU SOALAN CEPUMAS! PEKERJA DI IBU PEJABAT KTMB/KLO/KL CENTRAL & DEPOH SEKITAR KUALA LUMPUR KONONNYA DIARAH BERPINDAH.

Bila RUM dengar mahu tak panas telinga, rasa terbakar bila soalan begini keluar, tapi biasalah kenyataan sebegini yang sentiasa dilontarkan, jangan sesekali melatah, asam garam bila duduk di platform RUM tidak kira apa jawatan yang dipegang oleh kepimpinan RUM mereka hanya pandai menyalahkan tapi kebanyakannya bukan ahli RUM, cuma bahayanya mulut mereka ini boleh merosakan pemikiran ahli-ahli RUM yang tidak dapat cerita sebenar, maka ahli RUM akan terpengaruh dan turut menyalahkan kepimpinan RUM.

Isu terbaru yang dilontarkan kononnya mengenai arahan yang bakal dikeluarkan ialah pekerja di Ibu Pejabat KTMB, Pekerja di Stesen Keretapi Kuala Lumpur Lama (KLO), Pekerja di KL Central, pekerja-pekerja di Depoh sekitar KL akan dipindahkan, maka RUM terpinga-pinga sedangkan kepimpinan RUM tidak mengetahui langsung, lagi terpinga-pinga bila RUM dikatakan tidak buat apa-apa! seolah-olah RUM membenarkan.

Justeru itu kalau ada sebarang maklumat kena sampaikan, menjadi tanggungjawab setiap individu ahli RUM untuk menyampaikan sebarang maklumat kepada kepimpinan RUM, maka kami diperingkat kepimpinan akan mengetahui serta menyiasat kesahihannya, baru gerakan menyusun langkah boleh bermula, kerana maklumat awal ini penting bagi kami kerana teknik kami "sediakan payung sebelum hujan". Jangan duk takut sangatlah, jangan duk bodek sangatlah, kena kenal apa itu "MAJIKAN"? tak kan itu pun tak nampak! kemudian jangan penting diri sendirilah... biasanya yang penting diri sendiri ini akhirnya terjun jugak... banyak dah berlaku.. sebab kononnya tak percaya dengan RUM... last.. last.. dia pun terjun... aiyaaa...

RUM bila dengar hati memang terbakar @ marah bukan kepada individu yang melontarkan cerita tapi isu yang diutarakan, kerana RUM sentiasa berpendirian akan berusaha mempertahankan KTMB selaras dengan motto RUM, "Selamatkan KTMB, Selamatlah Pekerja.

Namun RUM terus menyelidik dan mengkaji, setelah itu RUM mendapati bahawa isu yang dilontarkan adalah benar dan sahih cuma dalam peringkat perancangan yang kononnya diutarakan oleh Perbadanan Aset Keretapi (RAC), maka mungkin arahan telah dibuat kepada pihak KTMB untuk membuat kajian dan menyusun keperluan sekiranya arahan ini dilaksanakan, maka sekali lagi RUM dapat merasakan pengurusan KTMB dalam keadaan tersepit maka mengikut lumrahnya pengurusan KTMB akan akur, namun RUM yakin bahawa Ybrs En Rani Samsuddin, Ketua Pegawai Eksekutif akan mempertahankannya, al maklum Lembaga Pengarah KTMB sebelum ini semua dah lepaskan jawatan, kalau tidak mereka ini semua main "angguk-angguk", yang buruk semua kami (kepimpinan RUM) yang baik mereka yang boleh bersetuju dengan RNAA.

Cuma pada ahli-ahli jangan hanya pandai meluahkan "RUM tak buat apa-apa ke?", RUM kalau dia buat.. dia tak peduli dah... Pak Menteri pun dia langgar... tapi bila RUM buat janganlah lari malam... jangan duk dalam kelambu... namapun ahli RUM...  berjuang tu kena sama-sama... berjuang tu dalam satu pasukan dan bukan  sekadar nak untung je... bukan sekadar ambil kesempatan...  bukan sekadar pandai merungut... nama pun kesatuan.. kalau dah kena langgar garuda duk masih melangut lagi... alamat matilah... kena bangkit melawan... itu baru berjuang bersama-sama... sebab risiko dilanggar garuda bukan RUM saja yang mati... kamu pun mati sama... itu perumpamaannya... kita tak de lah sampai mati... cuma periuk nasi kita dah tak berasap je... tapi macam matilah jugak, anak bini nak makan apakan... tak kan lah nak bagi makan pasir... yang ini tak payah bagitau... sendiri boleh fikir...

Dari sudut penelitian RUM ianya berpunca dari Railway Network Access Aggrement (RNAA) maka ianya adalah hak kuasa mutlak yang ada pada Perbadanan Aset Keretapi (RAC) mencetuskan idea dengan percubaan untuk mengambilalih semua aset yang telah dipindah milik melalui pindaan Akta Keretapi 1992 malah melalui RNAA yang telah ditandatangani oleh Mantan Lembaga Pengarah KTMB secara tidak langsung telah membatalkan "Warta Kerajaan 1.8.1992" yang membenarkan aset yang digunapakai oleh KTMB dengan pajakan RM1.00 dibatalkan.

RUM pernah berjuang mempertahankan Bangunan KTMB dan Stesen Keretapi Kuala Lumpur (KLO) yang cuba diambilalih oleh YTL dan MMC akhirnya keputusan menyebelahi RUM dengan jayanya, hasrat mereka yang berusaha untuk mengambilalih Bangunan KTMB dan KLO berjaya digagalkan.

Antara perancangan mereka ialah untuk membangunkan bangunan KTMB sebagai hotel manakala "KLO" pula hendak dijadikan pusat membeli belah dan kondominium bertaraf mewah, hasrat mereka ini adalah tidak lain untuk mencari keuntungan dari sudut perniagaan tanpa melihat bahawa kepentingan sejarah KTMB yang telah wujud lebih seratus tiga puluh (130) tahun.

Cuma RUM nak bagitau idea ini idea lapuk, idea dah basi, nampak sangat otak tu dah beku@blank, idea lapuk yang di recycle, malulah belajar sampai kelangit tapi setakat ini je idea, oiiiii... idea kalau nak majukan industri keretapi, tanah keretapi banyak lagi idea ada, janganlah jadi macam lapangan terbang kat sungai besi tu... pun digadaikan... jangan jadi haprak sangatlah...

Keretapi Tanah "Melayu" cukup kita faham sebagai satu nama yang satu-satunya beridentitikan "TANAH MELAYU" yang ada pada hari ini, selain dari buku-buku atau dokumen-dokumen yang menyatakan bahawa Malaysia adalah asalnya "TANAH MELAYU" andai ianya terhakis maka ianya hanya jadi satu catatan sejarah yang akan dimasukan dalam dokumen-dokumen sejarah sebagai ingatan tidak lebih dari itu, tidak tersergam indah seperti mana yang ada sekarang.

RUM telah melahirkan bantahan demi bantahan bukan sekarang tapi sejak lama dahulu, malah dalam kenyataan yang lalu kalau dikatakan pejuang melayu pasti Keretapi Tanah Melayu juga akan dipertahankan, andai ini hanya sekadar nama tidak mampu dipertahankan? Apakah kita mampu mempertahankan Bangsa Melayu dan Tanah Melayu?

RUM sebagai sebuah organisasi kesatuan sekerja tidak akan sesekali membenarkan mana-mana pihak yang cuba mengancurkan Keretapi "Tanah Melayu", malah setiap pergerakan yang diutarakan RUM mengetahui maksud tersirat, "sekilas ikan diair, dah tau jantan betinanya".

Hidup jangan berpura-pura, laungan bukan sekadar laungan, keris terhunus bukan bermakna pahlawan, andai sekadar nama "tanah melayu" pun tidak mampu dipertahankan.

Kami Pekerja KTMB, khususnya ahli-ahli RUM bersedia untuk mempertahankan KTMB dari mana-mana pihak, niat kami hanya satu "SELAMATKAN KTMB, SELAMATLAH PEKERJA".

Justeru itu pendirian RUM ialah "BATALKAN RNAA, SERAPKAN RAC DI BAWAH PENTADBIRAN KTMB"!

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB