Mengikut peruntukan undang-undang di bawah Akta Kerja 1955 (Akta 265) bahawa setiap pekerja tidak boleh bekerja lebih masa lebih dari 104jam sebulan atau tidak lebih dari 4jam sehari.
Itu mengikut peruntukan undang-undang, maka pihak majikan kena patuh kepada undang-undang agar tidak didakwa.
Dari sudut pekerja khususnya golongan B40 atau yang berpendapatan rendah, gaji yang diterima adalah tidak mencukupi untuk menampung kos sara hidup yang tinggi, perlu disedari bahawa gaji minimum adalah RM 1100.00 yang berkuatkuasa pada 1.1.2019 yang diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini adalah rendah bagi menampung kehidupan bulanan.
RM 1100.00 belum lagi ditolak potongan KWSP dan Perkeso, belum lagi kos sewa rumah, kos utiliti, kos pengangkutan kos makanan dan lain-lain, maknanya kos gaji minima itu sendiri tidak mencukupi untuk menanggung kos sara hidup, itu belum lagi kos tanggungan isteri dengan anak, jadi kita boleh bayangkan kos pendapatan samada yang bergaji minima atau kategori keseluruhan di bawah B40 sebenarnya berada dalam keadaan "kais pagi makan pagi".
Pilihan yang ada bagi pekerja B40 untuk menampung kos sara hidup ada tiga (3) pilihan iaitu "kerja lebih masa" atau "kerja separuh masa" (part time) atau "meniaga kecil-kecilan".
Dari sudut ini maka bagi seorang pekerja untuk mendapat masa berkualiti atau rehat yang mencukupi atau masa bersama keluarga atau masa untuk bermasyarakat boleh dianggap rendah kerana kesebukan mencari rezeki.
Kita tidak boleh menyalahkan pekerja mereka terpaksa bekerja lebih masa, apa pilihan yang mereka ada untuk menampung perbelanjaan bulanan? Mereka terpaksa berkorban demi sesuap nasi untuk menanggung keluarga.
Ada pekerja sendiri yang terkejar-kejar kerja lebih masa, ada pekerja yang sanggup bergaduh kerana kerja lebih masa, ada pekerja menyalahkan majikan kerana tiada kerja lebih masa, ini antara yang berlaku dalam situasi bila pekerja menghadapi masalah upah yang tidak mencukupi.
Begitu juga majikan, secara prinsipnya tidak mahu pekerja kerja lebih masa, sebab kadar pembayaran kerja lebih masa adalah tinggi, mereka mengarahkan pekerja bekerja lebih masa bukan sekadar suka-suka tetapi berdasarkan kehendak produktiviti malah dari sudut perkhidmatan di bawah "perkhidmatan perlu" maka keadaan untuk memastikan kepentingan awam maka kerja yang melintasi had kerja lebih masa seperti terkandung dalam akta kerja dikecualikan, secara logiknya majikan yang mengalakkan kerja lebih masa atau terpaksa mengarahkan kerja lebih masa perlu menghadapi peningkatan kos perbelanjaan.
Maka itu dari sudut ini, kenyataan Yb Menteri Sumber Manusia adalah benar, namun sesuatu yang perlu di tekankan ialah sebelum sesuatu perlaksanaan dikuatkuasakan hendaklah diteliti dari semua sudut, contohnya kadar gaji minima perlu ditingkatkan atau faedah yang lebih baik seperti sewa rumah ditanggung oleh syarikat, subsidi berbentuk utiliti atau makanan atau apa jua bentuk yang boleh meringankan beban kepada pekerja bukannya terus mengeluarkan arahan tindakan terus diambil tanpa mengira keperluan atau kehendak pekerja.
RUM tetap tidak menolak hak akta, RUM juga tidak menolak bahawa kerja lebih masa yang melampau tidak mencambah produktiviti dari sudut fizikal, RUM juga tidak menolak dari sudut kesihatan pekerja namun setiap perkiraan perlu diambilkira demi kepentingan semua pihak, maka jalan terbaik adalah faedah yang lebih baik hendaklah ditingkatkan bagi mengurangkan bebanan kepada pekerja itu sendiri.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB