KTMB hari ini, berada dalam keadaan getir, seperti mana kenyataan Presiden KTMB termasuk kekangan kewangan, termasuk ancaman dari dalaman maupun luaran. Sungguh sukar digambarkan.
Kelembapan suntikan kewangan dari MoF juga menjadikan keadaan bertambah rumit, namun RUM akan menggerakan jentera "MERAYU" kepada kerajaan agar "MEMBANTU DAN MENYUNTIK KEWANGAN" kepada KTMB dengan kadar segera, ianya diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja semalam.
Memetik mesej YBhg Dato Haji Sarbini Bin Tijan, ancaman paling teruk adalah dari "PENGGANAS", namun RUM tidak boleh menghighlightkan secara terbuka, sesungguhnya menjadi kerisauan buat semua kepimpinan RUM.
RUM menggesa pihak POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM) menyiasat dan menangkap mereka yang bertanggungjawab yang mewujudkan ancaman kepada KTMB.
Apa yang ada pada KTMB sehingga mewujudkan ancaman sebegini rupa? "UGUTAN MELAMPAU" ini seolah-olah "MENSABOTAJ KTMB".
Mesyuarat Jawatan Kerja semalam antara lain telah memutuskan membuat lapuran polis dengan menggesa pihak POLIS menyiasat dan menangkap dengan kadar segera pihak yang bertanggungjawab.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB
#POLISDIRAJAMALAYSIA