Ass'kum wbt n salam sejahtra,
YB Dato', Dato'2, Tuan2, Puan2 n saudara/i sekelian.
Saya dengan rendah diri ingin mengambil kesempatan ini utk merakamkan setinggi tahniah dan penghargan saya diatas pengorbanan, bantuan n tunjuk ajar Dato'2 n Tuan2 untuk terus mengemudi Ktmb dlm suasana yg SANGAT2 MENCABAR SEKARANG. Kekangan kewangan, sumber2 terhad, susutnilai matawang, kenaikan tambang ETS/intercity ditangguh,kos operasi meningkat, kos CA baru, pengurangan perkhidmatan komuter akibat projek rehabilitation KVDT, ancaman pengganas dan lain2 perlu ditangani dgn bijaksana bersama2 dlm agenda Ktmb bertransformasi kearah mencapai objektif utama untuk mencipta keuntungan dgn memenuhi kehendak pelanggan secara berterusan dan lestari disamping menjaga kebajikan pekerja. Saya yakin n percaya objektif ini boleh dicapai walaupun sukar tetapi tidak mu3stahil jika kita semua berkerja gigih seperti lebah sebagai satu pasukan yg kuat berusaha dan tolong menolong utk memastikan kejayaan kita bersama. Berkerja n beristiqamah serta berdoa semoga Allah swt mempermudahkannya n mengeratkan ukwah dikalangan keluarga besar Ktmb hingga ke puncak kejayaan selama2nya. Aamiin.