Kuarters KTMB juga adalah milik Perbadanan Aset Keretapi(RAC) kini keistimewaan yang diterima oleh pekerja KTMB menyewa Kuarters KTMB sangat murah, lebih murah dari PPR yang diuruskan oleh Bandaraya.
Kuarters KTMB diwujudkan semenjak zaman British lagi, kewujudan kuarters ini bagi tujuan memberi keselesaan kepada pekerja dan mempermudahkan pekerja ke tempat kerja, kerana penyediaan kuarters adalah berdekatan dengan tempat kerja, sinilah keperihatinan pengurusan terdahulu terhadap golongan pekerja.
Apabila semua aset diambilalih oleh RAC apakah keistimewaan menduduki kuarters dengan harga yang murah dapat dinikmati lagi? Teringat saya Dr. Aminuddin Adnan Mantan Presiden KTMB memujuk saya menaikkan harga kuarters serta meletakkan satu had tempoh menduduki kuarters. Kalau difikiran Dr Aminuddin Adnan boleh berfikir kearah itu, mustahil dalam kepala RAC tidak berfikir sebegitu...
Bayangkan dengan pendapatan yang rendah, kos sara hidup yang tinggi, gaji dibawa pulang sedikit, apa jadi pada kita kena bayar sewa rumah kuarters yang tinggi.
Nak beli rumah? Adeiii.. gaji kecil, rumah pula mahal, mau ke bank luluskan? Kecuali satu tempoh kerja yang lama, gaji pun dah meningkat, tapi jangan lupa, kos sara hidup akan meningkat, harga rumah juga terus meningkat, kata orang "wal hasil balik asal".
Fikir dan renungkanlah, adakah kita bersedia menerima RAC atau kita bantah mempertahankan KTMB.
RAC akan berusaha merancang mencari sumber pendapatan tidak kira apa saja asal mampu menunjukkan unjuran keuntungan kononnya lebih baik daripada KTMB, tak kiralah apa pun asalkan untung atas angin. Kita sebagai pekerja KTMB akan jadi mangsanya.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB