Dah sampai masanya KTMB mengorak langkah mewujudkan jawatan NAIB PRESIDEN KTMB, malah idea ini telah dicetuskan oleh Kementerian Kewangan kepada KTMB, cuma ianya tidak dilaksanakan, yang hanya dilaksanakan hanya jawatan Presiden KTMB dan NAIB PRESIDEN KANAN.
Pelaksanaan ini sangat baik dengan mengikat jawatan secara "KONTRAK", tujuan secara kontrak ialah bagi memastikan Naib Presiden ini benar-benar memenuhi KPI agar ianya boleh disambung kontrak lagi, sekiranya tidak memenuhi KPI, maka penyandang jawatan tersebut boleh ditamatkan kontraknya.
Bila idea tercetus untuk mengoutsorcekan Kerani Kaunter, maka seolah-olah kerani kaunter ini terwujud banyak kelemahan dan merugikan, maka idea pun tercetus untuk "mengoutsorcekan kerani kaunter", malah pihak pengurusan pula semudah itu terus membuat kajian samada kerani kaunter ini wajar dioutsourcekan atau tidak.
Adakah ianya kelemahan KERANI KAUNTER? 100% TIDAK!
Siapa punya kelemahan? Kelemahan pasti dipertanggungjawabkan kepada penyandang jawatan yang mengawal selia peranan kaunter tiket, maka secara logiknya, penyandang jawatan berkenaan tidak berupaya mengurus secara baik atau melaksanakan perancangan-perancangan jabatan yang dikawal selia.
Maka yang perlu DITAMATKAN PERKHIDMATAN ialah penyandang jawatan itu kerana beliau tidak berkeupayaan menguruskan peranan atau skop kerja atau meminimakan perbelanjaan, sekiranya perbelanjaan atau kos meningkat, ini bermaksud penyandang jawatan tersebut telah gagal menjalankan tugas berdasarkan justifikasi tugas yang diberikan.
Jangan kesilapan penyandang jawatan tersebut maka pekerja (kerani kaunter) dijadikan mangsa.
Oleh kerana penyandang jawatan ini berjawatan tetap, maka proses yang dicadangkan ialah memberi mereka VSS agar mudah pengurusan membuat perlantikan baru melalui jawatan Naib Presiden KTMB.
Kalau dulu RUM pertahankan jawatan Pengurus Besar KTMB dari diwujudkan jawatan NAIB PRESIDEN seperti cadangan Kementerian Kewangan dengan tujuan bagi memastikan Pengurus Besar KTMB ini dijamin faedahnya, maka hari ini RUM menarik balik sokongan ini dan akan menulis surat rasmi kepada Kementerian Kewangan agar proses yang dicadangkan oleh Kementerian Kewangan dengan mewujudkan Naib Presiden KTMB secara kontrak dapat dilaksanakan.
Asas tujuan ini adalah mahu mengelakkan pekerja jadi mangsa kerana kelamahan pengurusan KTMB itu sendiri.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB.