Teringat... bila Mantan Presiden KTMB mengunakan khidmat peguam untuk menyaman kepimpinan RUM atas alasan kenyataan dalam Suara RUM.
Peguam mengarahkan RUM memohon maaf selama 3 bulan berturut-turut dalam Suara RUM melalui "DEFAMATION LETTER" dan hendaklah menjawab surat tersebut dalam tempoh 7 hari.
Pihak RUM menjawab dengan menyatakan bahawa buat masa ini tidak dapat menjawab surat kerana bukan bidang kuasa kepimpinan RUM malah ketika Mesyuarat Exco telah pun berakhir atau tiada lagi Mesyuarat Exco kerana Persidangan Perwakilan telah dijadualkan, pihak RUM menyatakan bahawa jawapan akan diberikan selepas Persidangan Perwakilan kerana pada tika itu kuasa mutlak hanya ada pada Persidangan Perwakilan.
Peguam membalas kembali dengan mengatakan tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberi kerana tiada dokumen bukti dan memberi tempoh selama 3 hari untuk menjawab.
Yang bestnya... surat ke dua(2) dihantar dirumah pada hari Ahad oleh pengantar surat syarikat peguam tersebut, saya menolak dengan baik dengan alasan hari Ahad hari Cuti, maka saya tidak akan terima dan meminta pengantar surat tersebut mengantar pada waktu pejabat di pejabat RUM, agak kasar juga pengantar surat tersebut dengan mengatakan bahawa ini surat peguam mestilah diterima, saya tetap mengatakan tidak, pengantar surat menelefon seseorang, selepas itu beredar, saya senyum sahaja.
Pihak RUM telah menjawab dan mengepilkan sesalinan perlembagaan dan Notis Persidangan Perwakilan sebagai dokumen bukti seterusnya surat tersebut disesalinankan kepada Majlis Peguam "BAR COUNSIL".
Pihak RUM tersenyum sahaja, kerana sedar peguam berkenaan hanya mengikut kehendak "client", sedangkan pihak RUM yakin peguam tersebut sedar bahawa RUM tidak boleh di SAMAN.
Pada akhirnya tiada sebarang surat dikeluarkan walaupun Persidangan Perwakilan telah tamat.
RUM ketika itu adalah salah seorang Panel Siasatan Dalamam Bar Counsil, maka tak banyak sedikit RUM tau seluk beluk hal ehwal undang-undang mengenai peguam.
Hairan dia orang ingat RUM ni senang-senang je nak "makan"... hehe... tak kecut perut langsung... duk gelak adalah... hehe
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB