TMO adalah sebuah jabatan yang merangka Plan Transformasi KTMB, sudah tentu skop peranan dalam merangka Plan Transformasi khususnya Kerani Kaunter dalam mencari penambahbaikan dengan idea-idea "inovatif" yang mampu membawa kecemerlangan dari sudut peranan Kerani Kaunter.
Bila Jabatan Transformasi mencetuskan kajian untuk menilai dan mengkaji kos perbelanjaan pekerja khususnya Pengurusan/Pekerja Kerani Kaunter, RUM melihat bahawa cetusan ini sebagai "MISKIN IDEA" telah menyimpang jauh dari tafsiran TRANSFORMASI, mungkin setengah pihak beranggapan ianya sebahagian TRANSFORMASI, RUM beranggapan Transformasi ini mengambarkan bahawa Jabatan Transformasi tidak mampu mencetuskan idea yang lebih "inovatif" sebaliknya "ambil mudah".
Sifat "ambil mudah" yang dicetuskan adalah sangat merugikan KTMB sebaliknya boleh mencetuskan pembaziran yang ketara melalui kewujudan Jabatan Transformasi yang sepatutnya sebagai sebuah jabatan pencurahan idea yang inovatif atau tempat kajian yang mampu membawa keluar dari kemelut kejatuhan.
Justeru itu RUM berharap Jabatan Transformasi perlu berubah sikap dari bekerja "ambil mudah" kepada kerja yang "lebih serius", perlu melihat kehendak manusia (pekerja) syarikat (KTMB) jangka pendek dan panjang.
Sewajarnya Jabatan Transformasi perlu berfikaran jauh merancanakan KTMB sebagai sebuah organisasi pengangkutan tertua malah mampu bersaing dengan hebat sehingga mencapai kejayaan.
RUM menasihatkan Jabatan Transformasi baca kembali sejarah KTM sejak tahun 1885 bagaimana ianya sebuah pengangkutan rel dengan perniagaan yang cukup luas malah sepatutnya KTMB bukan dikecilkan tapi menjadi sebuah perniagaan yang hebat malah lebih besar berbanding sejarahnya.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB