RUM dapat banyak rungutan, bahawa semua kakitangan pejabat diarahkan berada diplatform KL CENTRAL, malah tidak dibenarkan masuk ke pejabat dan diarahkan punch kad jam 10.00 pagi.
RUM memberi sokongan kepada idea ni, kerana ianya adalah sangat positif khususnya pengurusan KTMB yang sewajarnya sedar dan jangan terlalu merasa selesa sehingga lupa kerani kaunter nak dioutsorcekan.
(tak kena batang hidung... ada aku kesah... aku tak terlibat pun... lantak kau lah... sekarang hang kena... 2 jam je pun... hahaha)
Ini baru arah jangan masuk pejabat, belum lagi diarahkan "ANDA DITAMATKAN PERKHIDMATAN" lagi beratkan...
Cuma RUM berhasrat nak cadangkan Pengurus Besar & Pengurus Kanan digilirkan menjalankan tugas sebagai Kerani Kaunter atau sebagai Pembantu Trafik atau sebagai QI yang menjaga halt, platform, stesen dan sesekali naik tren membuat pemeriksaan dalam koc. Tugasan mesti diberikan selama lapan (8) jam melaksanakan tugas-tugas mengikut spesifikasi tugas yang diarahkan seperti mana kerani kaunter atau pembantu trafik.
Baru boleh selami masalah pekerja, baru boleh merancang dengan baik, asyik duk dalam aircond, sampai bila pun tak faham tugasan pekerja serta masalah pekerja yang dihadapi, terlampau merasa selesa, sesekali kena ajar... ini tidak... asyik fikir nak outsorce...
Terbaiklah Mr President KTMB, RUM support u.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB.