Mungkin ada orang kata, apa lah RUM sebuk-sebuk, biarkanlah.. syarikat luar ni buat multiple operator, peluang kerja pun ada, boleh jadi saingan yang sihat...
Mungkin kenyataan di atas ada kebenarannya, tapi siapa yang untung? KTMB n PEKERJA untung ke? Pendapatan dari mengunakan facilities KTMB dikaut oleh RAC, KTMB kehilangan pendapatan, tuntutan CA semakin sukar, bantuan dari kerajaan tiada.. last-last.. pekerja kena buang kerja.. sebab KTMB dah tak boleh "survive"... terlalu tinggi implikasinya...
Macam kenyataan RUM sebelum ini, apa jadi kalau ETS dianaksyarikatkan? Hari ini kita kehilangan pendapatan, hari ini KTMB tak boleh berbangga, lupa kah kita gaji lambat... kenapa gaji lambat? Duit tak de... lupakah kita panel klinik tak berbayar... ada yang terpaksa bayar sendiri... ini semua risiko pada masa depan pekerja...
RUM tidak akan mengambil mudah setiap perkara, RUM perlu melihat dari semua sudut implikasi kepada KTMB dan pekerja demi masa depan semua.
Prinsip "SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN" itu pendirian RUM, maka itu semua ahli-ahli RUM terus bersatu demi masa depan kita.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja Pekerja KTMB