Syarikat luar yang cuba mewujudkan (SECOND OPERATOR) betul ke ada wang sebanyak 1.5B - 2B Ringgit Malaysia? kalau ada dalam tangan itu luar biasa, kalau tiada maka ianya melalui PINJAMAN BANK.
Maka yang boleh diandaikan ialah melalui Pinjaman Bank, maka syarikat ini sangat berani mengeluarkan proposal untuk membuat "second operator" malah dengan yakin @ percaya pihak BANK mampu memberi pinjaman sebanyak itu. Makanya ahli perniagaan ini sangat bijak mencari peluang perniagaan dan mampu memperoleh keyakinan BANK untuk mendapatkan pinjaman.
Adakah KTMB tidak mampu melakukan seperti mana syarikat berkenaan lakukan? Ini persoalan...
Perlu disedari tujuan KTMB diswastakan dengan hasrat mengembangkan perniagaannya dengan lebih luas berkonsepkan "PENGSWASTAAN", sehingga hari ini, KTMB dilihat gagal malah mengalami kerugian setiap tahun kerana tidak mampu mengolah perniagaan yang sedia ada sebaliknya bergantung kepada Kerajaan semata-mata.
Dari kacamata RUM, persoalan yang dibangkitkan di atas perlu dikaji secara mendalam untuk menilai kelemahan dari sudut dalaman dan luaran, dengan tujuan memperbetulkan langkah dan mengembalikan arah ke landasan yang betul.
Pada RUM, andai syarikat luar itu mampu menyakinkan pihak BANK untuk mendapatkan pinjaman mengapa KTMB tidak? Tiada yang mustahil, RUM yakin KTMB mampu lakukan...
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB