Sebenarnya dalam ertikata lain lapuran polis sepatut dibuat pada semua yang terlibat dalam Majlis Bersama Pusat, iaitu Pengerusi Majlis Bersama Pusat (Presiden KTMB) Naib Pengerusi Bersama Pusat (Presiden RUM) Setiusaha bagi pihak pengurusan, Setiausaha bagi pihak kakitangan, Semua Ajk MBP (wakil pengurusan dan wakil pekerja).
Persoalannya bolehkah Pegawai Kanan KTMB membuat laporan polis terhadap semua yang terlibat, jawapannya "tidak boleh" kerana ianya bertentangan dengan CA samada CA (RUM) atau CA (SOA), sekiranya dibuat maka tindakan tatatertib boleh diambil pada mereka yang membuat lapuran polis, malah selaku "individu" akan menghakibatkan tindakan tatatertib boleh diambil sehingga dibuang kerja.
Bagaimana dikatakan "boleh"?
1. Boleh sekiranya mendapat keizinan Presiden KTMB dengan syarat atas nama jawatan dalam KTMB atau KTMB, namun ianya tetap ditolak kerana Kesatuan dan KTMB tertakluk dengan CA, Akta 177 dan Akta 262.
2. Boleh dengan syarat Pegawai Kanan KTMB hendaklah "meletakkan jawatan" dalam KTMB terlebih dahulu kerana tindakan yang diambil adalah "menolak, meragui dan hilang kepercayaan dan menjejaskan imej Presiden KTMB, KTMB" dan bertentangan dengan CA.
Tapi kerana kefahaman CA, Akta 177 dan Akta 262 "sangat lemah" atau "tidak faham" maka terjadilah lapuran polis kononnya dikatakan "fitnah" sedangkan kenyataan dalam PT 2 telah menjelaskan bahawa dokumen (kertas kerja) telah diperakukan dan menjadi milik KTMB.
Disini dapat dilihat kemampuan penyandang jawatan dalam KTMB yang jelas dan nyata tidak memahami peruntukan undang-undang yang berkaitan dengan Pekerja, Majikan dan Kesatuan Sekerja.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB