Jelas dan nyata satu contoh terbaik yang telah digambarkan oleh Pegawai Kanan KTMB yang menunjukkan "KELEMAHAN KETARA, yang tidak memahami peruntukan undang-undang dengan "niat jahat" menjejas dan memalukan KTMB dengan menyebarkan maklumat kepada pihak luar dari KTMB. (Rujuk prosedur tindakan tatatertib)
Kalau ini diamalkan maka KTMB akan jadi caca merba, lintang pukang semua boleh "tunjuk kuasa", sehingga mengkucar-kacirkan KTMB.
Malah pekerja boleh diperkotakkatikan dengan sewenang-wenangnya, pekerja boleh ditindas dengan sesuka hati.
Sikap sebegini perlu disingkirkan dari organisasi, kerana ianya akan mengancurkan KTMB, apatah lagi terlibat dengan Transformasi KTMB, maka percaturan Transformasi KTMB akan kucar kacir hingga mangsanya adalah pekerja. Kerana individu yang bersikap begini tidak akan melihat kepentingan pekerja bawahan sebagai satu agenda untuk memperkasakan pekerja serta menjadikan pekerja sebagai aset penting kepada organisasi.
Salah satunya contoh di bawah Transformasi diketuai seorang pegawai kanan KTMB telah membuat kajian untuk mengkaji yang mana lebih menguntungkan iaitu "outsorce" atau dilakukan oleh KTMB sendiri, iaitu jawatan "Pengurusan dan Kerani Kaunter", mentaliti kalau tiada niat untuk memperkasa atau menjadikan pekerja sebagai aset maka jadilah begini, "idea miskin" dengan mencetuskan cadangan "outsorce", gambaran ini menunjukkan pegawai kanan KTMB boleh ditafsirkan sebagai kelemahan ketara @ kepincangan otak.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB.