Teori RUM atau andaian bahawa penyandang jawatan pegawai kanan KTMB ini "kepincangan otak" apa tafsiran kepincangan otak? tafsirannya ialah "biul, bangang, tuli, tiga suku, tak cukup akal, belum baligh dan banyak lagi..
Maka bila berlaku pembentangan kertas kerja, penyandang jawatan ini dah gelabah maka berlakulah kepincangan otak, jumpa orang yang salah untuk mendapat khidmat nasihat, siapa orang yang salah itu? Kemungkinan orang-orang yang terlibat dengan kes pembuangan kerja seramai 97 orang, mungkin juga "lawyer" yang memberi "defamation letter" kepada RUM memberi khidmat nasihat, sebenarnya RUM dah merujuk rakan-rakan RUM iaitu pemimpin-pemimpin kesatuan sekerja yang membuat kes di Mahkamah Perusahaan, masa RUM kena "defamation letter", siapa gerangan "lawyer" ini? so tau lah serba sedikit "back ground" mereka. Sekadar teori, kalau tak betul... maka tak betul lah, mungkin lawyer lain, tapi nak pilih lawyer ni bukan mudah, maklum pengalaman admin ketika anggota siasatan dalaman "bar counsil", banyak sangat lawyer yang bermasalah. (Malam tadi tenguk film tamil "astro 202" kes langgar lari, seorang lawyer baru dangan lawyer senior... tu yang jadi teori ni... hehe)
Banyak sebab yang boleh ditafsirkan, satu contoh "lapuran polis" untuk menjadi bahan bukti dalam "siasatan dalaman" KTMB sekiranya diadakan, ini tidak mengambarkan sebagai " bukti kes", sebab aduan mengatakan "fitnah" tidak cukup sekadar "lapuran polis" sebaliknya mengemukakan dalil-dalil yang mampu menolak kertas kerja atau surat surat kesatuan.
Sebaliknya pegawai kanan KTMB ini menambah lagi pertuduhan seperti terkandung dalam kenyataan Suara Rum Pt 3 & Pt 4, malah ianya tidak sesekali boleh dimaafkan kerana ianya telah bertentangan dengan CA malah menjejaskan imej Presiden KTMB dan KTMB dengan teruk, ibarat kata "gali lobang kubur sendiri".
Pada RUM kesilapan ini telah mengambarkan intipati tersirat adalah dengan "niat jahat" menentang Presiden KTMB, walaupun tersuratnya seolah-olah Presiden RUM & Presiden SOA dikatakan membuat "fitnah".
Makanya penyandang jawatan pegawai kanan KTMB ini tidak layak menduduki kerusi penyandang jawatan dalam KTMB sebaliknya perlu disingkirkan dari KTMB, penyakit seperti ini tidak boleh dibiarkan kerana akan merosakkan perancangan dan hala tuju pemulihan KTMB oleh Presiden KTMB.
Kalau dibiarkan, maka ada yang ingin menunjuk "KUASA" atau ada "2 NAKHODA" dalam sebuah organisasi, yang menjadi mangsa bukan sahaja KTMB tapi seluruh warga KTMB khususnya ahli-ahli RUM.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB