RUM selalu pesan setiap perkara bawa bincang, setiap perancangan yang melibatkan implikasi pekerja bincang dengan RUM, RUM boleh dibawa berbincang, cuma RUM akan banyak mengemukakan soalan dalam setiap satu perancangan yang bakal dibuat bagi memastikan ianya benar-benar memberi faedah kepada KTMB malah kepada pekerja.
RUM tidak sesuka hati untuk menolak setiap perancangan, RUM bukan dengan sengaja hendak membantah atau menganggu urusan majikan malah RUM akan menyokong mana-mana perancangan yang memberi faedah kepada KTMB dan Pekerja dalilnya Plan Transformasi KTMB, RUM memberi sokongan penuh kecuali Railway Network Access Agreement (RNAA)
F & B satu usaha "BERNIAT JAHAT" dengan satu lagi percubaan "MELANGGAR RUM" seumpama dengan "OUTSORCE 24 KELAS", tindakan sedemikian jelas membelakangkan "PERJANJIAN BERSAMA" dalam sesuatu perkara hendaklah dibincangkan dengan Kesatuan Sekerja.
RUM berulangkali samada secara lisan, bertulis maupun dalam SUARA RUM, telah mengingatkan tapi inilah sikap Pengurusan yang tidak pernah mau cuba duduk semeja untuk berbincang dan menjelaskan duduk perkara sebenar seolah-olah menyembunyikan satu agenda demi mencapai matlamat.
RUM suka kalau sama-sama duduk berbincang, samada secara kedai kopi maupun secara rasmi, agar setiap permasalahan dapat dirungkaikan bagi memastikan hak pekerja terpelihara malah terjamin, RUM sesekali tidak akan berkompromi kalau ada sesuatu agenda tersirat yang boleh mengancam periuk nasi pekerja.
Justeru itu RUM memohon agar setiap perkara yang memberi implikasi kepada pekerja sila maklumkan kepada RUM dan kita duduk berbincang sama-sama, bagi RUM faham sefaham-fahamnya dari sudut kebaikan jangka pendek, jangka panjang malah menjelaskan segala keraguan yang timbul serta bagaimana mengatasi kekusutan dari sebarang persoalan yang timbul bukannya bila RUM berhujah jawapan yang diberi adalah "longgar" atau "sekadar melepaskan batuk ditangga" atau langsung tidak buat sebarang persediaan.
RUM harap antara Kesatuan dan Majikan sentiasa memegang prinsip Keharmonian Perusahaan janganlah hanya sebelah pihak sahaja, kerana RUM tidak akan "Melompat" sekiranya pihak pengurusan tidak mulakan dulu.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB