TERIMA KASIH GM TMOD
F & B
Pihak RUM merakamkan ucapan terima kasih kepada GM TMOD yang telah mengambil keputusan membatalkan pertemuan antara pekerja F & B dengan Syarikat Brahmin dalam mesyuarat tergempar pagi yang turut dihadiri oleh GM INTERCITY.
Suka RUM nasihatkan GM INTERCITY jangan sekadar "BULLDOZED" atau kononnya ikut arahan, arahan boleh diikuti dengan syarat semua kehendak Perjanjian Bersama dipatuhi.
Jangan cari penyakit, RUM bukan "TUNGGUL KAYU" nak main langgar atau dengan niat "TEST MARKET".
Kalau ingat macam tu, maknanya memang sengaja nak cari penyakit.
Satu mesyuarat akan diadakan kemudian untuk membincangkan isu F & B pada jumaat ini 17.3.2017, yang mana mesyuarat ini telah ditentukan sebelum kes ini berlaku, maka adalah diharapkan GM INTERCITY menjelaskan secara terperinci apa yang diminta oleh RUM, saya sendiri selaku Presiden RUM berhasrat untuk hadir, maklum dah lama tak mengadirkan diri dalam mesyuarat-mesyuarat yang lepas, nak juga bersua muka sambut Salam Perkenalan.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB