Bila kita nak kekal kerja, bila kita kata sayangkan kerja kita, bila kita kata sayangkan KTMB, bila kita kata kita nak Selamatkan KTMB, kita kena cari@wujudkan kerja, kita cetuskan idea kreatif dan inovatif dalam keadaan apa pun kita berusaha gigih dan berdedikasi untuk melaksanakan kerja.
Kerja sambil lewa, tuang kerja, pocop, datang lambat, malas kerja, MC palsu atau apa jua yang boleh disebabkan kesalahan disiplin hendaklah dihentikan, zaman itu telah berlalu, kalau ingat masih ingin lakukan, jangan lakukan dalam KTMB, pergi cari kerja lain, RUM tidak mahu kerana setitik nila rosak susu sebelanga.
Begitu juga dengan pengurusan kalau ada sikap sebegitu hentikanlah, kita kena bergerak selangkah kehadapan, bukan lagi bersikap sambil lewa, bukan lagi kata aku makan gaji, bukan lagi kata aku kecewa atau bukan lagi rasa selesa atau apa jua sebutan.
Fokus apa itu Selamatkan KTMB, Selamatlah Pekerja, slogan ini terlalu banyak maksud tersirat yang memberi pengertian yang sangat mendalam bagi yang memahaminya.
Hari ini kita berdepan dengan RNAA, satu isu yang sangat besar ibarat hidup atau matinya PEKERJA/KTMB & RUM, kalau kita masih diambang negatif, kita akan kecundang, fikir positif bahawa tiada yang sukar untuk kita berubah untuk menjadi yang terbaik, kita terus bangkit merobah diri kita dengan bertanggungjawab kearah peningkatan produktiviti, kita harus buktikan kita pekerja terbaik dari semua sudut, apatah lagi kita telah diberi peningkatan gaji melalui pelarasan gaji sebanyak 13% dan gaji minima sebanyak RM 1200.00 tiada alasan lagi untuk kita tidak mampu memberi komitmen terhadap KTMB.
Justeru itu harapan besar RUM pada semua Warga KTMB khususnya Ahli-Ahli RUM kita mampu mempertahankan KTMB sekiranya semua perkara di bawah tafsiran Selamatkan KTMB, Selamatlah Pekerja kita lakukan dalam masa yang sama tidak kira apa gred perlu bersatu untuk bersama mempertahankan KTMB, andai kita gagal, kita leka, kita selesa tanpa ada kebangkitan semangat berjuang maka "NASI TELAH JADI BUBUR"!
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB