Salam Perjuangan
RUM mengucapkan Selamat Hari Pekerja/Buroh pada semua pekerja KTMB dan semua warga pekerja Malaysia. Bagi Pekerja KTMB khabar berita gembira turut diterima pada masa yang sama berada dalam dilema berita buruk melalui RNAA.
Alhamdulillah bagi pekerja KTMB hadiah paling berharga sempena Hari Pekerja 2017 adalah penganugerahan Pelarasan Gaji 13% dan Gaji Minima RM 1200.00, kita rasa bersyukur dan gembira pada Hari Pekerja ini.
Namun dalam kita bergembira kita jangan lupa bahawa saat getir yang bakal kita hadapi dengan RNAA, cabaran besar sedang menanti kita.
Sempena Hari Pekerja 2017 marilah kita sama-sama berusaha meningkat tahap kecergasan bekerja malah meningkatkan tahap dedikasi kita melebihi apa yang telah kita lakukan sebelum ini bagi memastikan ianya selaras dengan slogan RUM, Selamatkan KTMB.
Dalam masa yang sama kita juga perlu meningkatkan tahap kekuatan kesatuan secara maksima dengan dimulai "Bersatu" khususnya semua ahli-ahli RUM, semangat yang tinggi dalam berjuang, mental yang kuat, tanpa rasa gentar dan takut, malah berusaha sedaya upaya membangkitkan semangat perjuangan selaras dengan slogan RUM, Selamatkan Pekerja (KITA).
Justeru itu kita perlu sentiasa "bersiap sedia untuk berjuang dengan jayanya", Hari Pekerja ini sebagai pemangkin perjuangan kearah "TOLAK RNAA", "AYUH KITA KE BENTONG", matlamat utama kita adalah dengan apa cara sekali pun RNAA hendaklah "DIHENTIKAN".
Sekali lagi bagi pihak kepimpinan RUM kami ingin mengucapkan SELAMAT HARI PEKERJA/BUROH kepada semua warga Pekerja KTMB dan Seluruh Warga Pekerja di Negara ini.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB