RUM ingin menekankan kepada Pengurusan KTMB beri keutamaan kepada Pengangkutan Kargo, pengangkutan kargo sumber pendapatan utama KTMB.
Pokok kepada pengangkutan kargo adalah lokomotif maka availability lokomotif hendaklah mencapai tahap maksimum, wagon juga mesti mencapai tahap maksimum, sekiranya ini dapat dicapai maka larian kargo akan menjadi rancak.
Bila rolling stock ini mencukupi maka Jabatan Kargo dari sudut marketingnya perlu lebih agresif untuk mencari customer, kalau lokomotif tidak mencapai tahap maksimum jabatan kargo juga tidak mencapai tahap kerja yang maksimum, maka marketing boleh duduk santai kerana kurang pekerjaan.
RUM menyedari bahawa pengurusan KTMB terlalu menumpukan pengangkutan penumpang atas dasar rasa takut dengan rungutan pengguna, maka tumpuan lebih diberikan kepada pengangkutan penumpang, tindakan sedemikian akan melibatkan kerugian pendapatan KTMB kerana penggantungan semata-mata kepada pengangkutan penumpang akan menjejaskan pendapatan KTMB.
Dari sudut lain RUM juga boleh mengandaikan seolah-olah ada pihak yang mungkin cuba melemahkan pengangkutan kargo tanpa memperdulikan keperluan availability bagi memberi laluan kewujudan "second operator atau multiple operator" sekiranya ini benar maka RUM beranggapan ada unsur-unsur sabotaj dengan tujuan memberi ruang kewujudan "second operator atau multiple operator" seperti dalam perancangan RNAA, apatah lagi proposal penawaran sebagai "second operator" yang telah dikemukakan kepada MoT.
RUM juga menyedari bahawa dengan ketiadaan Presiden KTMB, KTMB seolah-olah kehilangan hala tuju atau mungkin operasi KTMB yang dilakukan kini sekadar melepaskan batuk ditangga, namun demikian sekiranya kita melaksanakan penuh rasa tanggungjawab, ketiadaan Presiden KTMB bukanlah satu alasan yang boleh menyebabkan kita tidak memperdulikan pengangkutan kargo.
RUM amat berharap kesungguhan dari semua pihak yang terlibat termasuk pekerja bekerja secara agresif bagi memastikan pengangkutan kargo sebagai sumber pendapatan utama, maka itu harapan RUM availability lokomotif dan wagon dapat ditingkatkan secara maksimum.
Hanya dengan sumber pendapatan yang rancak maka kita mampu memulihkan KTMB, usahakanlah tanpa mengenal erti lelah demi Selamatkan KTMB, Selamatlah Pekerja.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB