Kegagalan mewujudkan "availability" Lokomotif secara maksima khususnya menjadikan Kargo KTMB seolah-olah hidup segan mati tak mahu, mungkin ada pendapatan yang baik ketika ini, berdasarkan akaun yang lepas sekiranya itu dibuat perbandingan maka pengurusan beranggapan sudah mencukupi kerana mempunyai alasan yang munasabah, kalau ini dianggap satu jawapan maka jawapan ini adalah "SILAP".
Perbandingan yang perlu dilakukan ialan berapa jumlah lokomotif yang KTMB ada, KTMB mempunyai Lokomotif Kelas 23, 24, 25, 26 dan 29, berapa keperluan "availability" dari keseluruhan jumlah lokomotif hidup? Minima ialah 80%, sekiranya semua 80% "availability" lokomotif digerakkan sepenuhnya berapakah jumlah pendapatan boleh didapati? Ini yang perlu kita buat penilaian dari segi perbandingan.
Manakala sekiranya kita lari dengan jumlah Lokomotif melalui larian tren kargo yang rendah tapi pendapatan boleh dianggap tinggi hanya kerana ada kenaikan tambang kargo, ini bukan jawapannya, kerana pendapatan tidak mampu ditingkatkan sebaliknya kita masih ditakuk lama!
Boleh diandaikan larian tren kargo hanya dalam lingkungan 40% - 50% dari jumlah lokomotif yang hidup, maknanya KTMB telah hilang pendapatan berdasarkan kekurangan larian sebanyak 30% berdasarkan kurang larian tren, maka dari segi pendapatan berapakah jumlah RM yang telah hilang?
Dari sudut 30% lokomotif yang tidak dijalankan, maka KTMB juga telah hilang berapa ramai customer? Maka customer ini siapa yang bakal curi? maka andaian RUM "second operator" sedang menanti untuk mengambil kesempatan dari kelemahan samada secara sengaja atau tidak sengaja dari pihak pengurusan KTMB.
Kalau dari aspek di atas RUM beranggapan ada unsur sengaja, andai ada unsur sengaja maka ianya seolah-olah "sabotaj", kalau tiada unsur-unsur sabotaj kenapa tidak memastikan jumlah lokomotif ditingkatkan, andai ada masalah untuk meningkatkan "availability" lokomotif maka masalah yang wujud itu perlu diatasi dengan kadar segera, isu yang berlaku bukan perkara baru, zaman YBhg Datuk Elias Kadir berpucuk-pucuk surat mengenai isu yang sama gagal diselesaikan, maka itu pihak pengurusan perlu beri tumpuan khusus untuk memastikan perkara ini diselesaikan jangan sampai tuduhan menyatakan ada "unsur-unsur sabotaj" bagi membenarkan "second operator" diwujudkan kemudiannya customer akan lari berpunca dari pengurusan itu sendiri!
KTMB yang kami pertahankan akan musnah maka pekerja jadi mangsanya, RNAA kita sendiri yang memberi ruang!
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB