Sesungguhnya kehadiran Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KTMB akan membuka satu lembaran baru untuk Selamatkan KTMB, keyakinan dan kepercayaan ini adalah satu harapan besar yang kami pertaruhkan demi mengembalikan KTMB ke landasan yang betul seterusnya mampu meletakkan KTMB sebagai sebuah Syarikat yang berdaya saing.
RUM akui bukan sesuatu yang mudah untuk memulihkan KTMB yang dalam keadaan "nazak" malah cukup kritikal dalam menghadapi perancangan RNAA, namun harapan masih ada kalau semua pihak bersatu tenaga memberi komitmen 100% dalam usaha memulihkan KTMB.
Kepada semua pihak yang terlibat dengan KTMB dari "Share Holder", Lembaga Pengarah, Pengurusan KTMB sehingga pekerja, tempoh untuk kerja wayang kamu telah berakhir, buka lembaran baru dengan berusaha gigih untuk memastikan kita semua bersungguh-sungguh memberi komitmen dan bersama CEO baru untuk memberi khidmat bakti demi mengembalikan KTMB ke arah berdaya saing malah memberi satu perkhidmatan yang terbaik kepada pengguna serta berusaha segigih mungkin mewujudkan idea inovatif bagi merealisasikan KTMB sebagai sebuah Syarikat berorieantasikan perniagaan yang boleh meraih keuntungan.
RUM sendiri akan memberi 100% sokongan dan bersama dengan CEO EN MOHD RANI SAMSUDIN dalam mencapai hasrat ini, kerana RUM tidak akan "bercompromise" dengan mana-mana pihak yang sengaja atau tidak sengaja cuba meranapkan KTMB.
Gandingan antara YB Dato Ir Nawawi Ahmad Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB dan YBhg En Mohd Rani Samsudin Ketua Psgawai Eksekutif KTMB adalah gandingan yang "MANTAP", tinggal kita sahaja dan mereka yang terlibat dengan KTMB menjadi satu BARISAN MANTAP untuk SELAMATKAN KTMB.
Kepada Warga KTMB khususnya ahli-ahli RUM, ini adalah peluang terakhir untuk kita SELAMATKAN KTMB, andai kita masih ditakuk lama dan berterus terusan begini, maka jangan salahkan sesiapa lagi, kerana kesalahan itu datangnya dari kita sendiri.
RUM berharap dan amat berharap kepada semua warga KTMB khususnya ahli-ahli RUM berubah kearah memberi 100% komitmen demi Selamatkan KTMB dan Selamatkan Pekerja.
Pilihan ditangan kita, pisau ditangan kita, andai kita mahu Selamatkan KTMB maka kita hendaklah berubah, andai ada dikalangan kita yang ingin meranapkan KTMB maka pilihan yang ada ialah "TEPUK DADA TANYA SELERA".
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB